Love yourself
Be good to yourself
Treat yourself well
Replenish yourself

You will discover that, the more you love yourself, the more you will be able to give love to others.



Leelou Blogs

haha tajuk memang bajet..tapi takdenye berhijrah pun...pu3 sayang Melaka & orang2nye tau!

;p

ekceli semalam encik boss call bertanyakan ke-willing-an pu3 utk terbang ke Philippines utk membantu beliaw menyiapkan kerja2 tertangguh di sana. mulot pu3 ketika itu begitu teruja mengatakan YES BOSS! (hoyeah! boleh p oversea! passport akan di-cop setelah lama berabuk takde cop!)

tetapi selepas beliaw mengatakan yang pu3 akan ke sana selama 2minggu, dan berkemungkinan seorang diri dahulu sementara beliaw arrangekan schedule untuk pekerja yang lain, hati pu3 berbelah bahagi pulak.. tapi takdela pulak cakap dekat boss utk batalkan work-trip tu..yelakan, arahan dari boss, kenala ikot..karang dia boikot takmo sign cuti kahwin & hanimun pu3 camno?karang dia takmo sign pulak surat confirmation kerja pu3 apa nak dikata?so, baik YES kan ajer..

tapi..tapi..tapi..

tapi pu3 tak pernah naik flight sorang2 ni u'ols...pergi KLIA pun tak pernah..inikan nak naik flight sorang diri..ntah karang terlepas flight camno..pastu kalau terlepas ke India pulak lain citernye.. kalau disuruh pu3 naik bas ke bolehla pu3 gagahkan jugak..bukan ape, kot2 terlepas bas Konsortium pu3 boleh beli tikat bas Plusliner plak ke kan..takpun naik teksi mahal-mahal pastu claim kat company..kan senang banyak tu..tapi ini naik burung besi..tikat mahal nak mapuh!

adeh, mulala muka start berkerut fikir penyelesaian..kerisauan datang bertimpa-timpa..pu3 ni penakut sikit..tapi nasib baikla ada sorang pekerja lelaki ni pun diarahlan pergi ke Manila..hala yang sama la kiranya..cuma date sahaje terlewat sedikit dari date yang boss pu3 arahkan pu3 pergi..jadi, setelah berbincang dengan boss dengan memberi pelbagai alasan yang logikal (mapuh pu3 tak bagi tau alasan takut naik flight sensorang!), boss pun bersetuju pu3 pergi lewat sedikit..hoh lega! 1 kerisauan dan lepas!

pu3 call mak bagitau berita hangat ni

pu3 : mak, *kome kene pegi Philippines
mak : bile?
pu3 : lepas raya cina nanti
mak : berapa lama?ramaike kene pergi?
pu3 : 2minggu
mak : hamboih! tak boleh pergi seminggu ke? pergi dengan sape?
pu3 : ntahla boleh kurang tak..nanti tanye boss.. pergi sorang2 dulu tapi ade sorang pekerja tu kene pergi jugak.
mak : lelaki ke perempuan?
pu3 : lelaki tapi takpela ade gak teman naik flight. kome tak reti ni~!
mak : tak bolehke bawak kawan perempuan sorang
pu3 : tak boleh mak..karang bajet diorang lari pulak..
mak : hmmmm..nanti kalau orang suruh bawak beg jangan bawak..kalau orang kirim barang ke tak payah.. kang ade dadah ke tak pasal2..
pu3 : haa yelah2..ish takut la pulak..dah risau plak ni.
mak : hmmm..nanti pergi sana duduk mane?
pu3 : company ade bagi hotel..dengan driver sekali..driver tu nanti bwk la nak pergi ofis..makan..
mak : haa tak payah kuar malam-malam cari makan..beli je siap2..takpun makan roti dengan maggi je..sane susah dapat makanan halal. malam duduk dalam bilik je.
pu3 : abis kurusla kome nanti! 2minggu tak makan nasik.
mak : haa elokla tu..cakap nak kurus kan(gelak)..tapi yang boss & pekerja lelaki tu duduk hotel sekali ke?
pu3 : sama hotel tapi lelain bilik..dont worry..
mak : hmmmm..

*kome = bermaksud saya dalam loghat orang Pahang



pu3 tahu mak pu3 risau..yelaka..anak dara dia ni tak pernah2 pergi oversea naik flight.. sensorang pulak tu..nak kerja di Melaka dulu pun mak cakap tak payah..suruh kerja KL je sebab sedara mara ramai..tapi disebabkan en.api & mertua Mak Teh pu3 ada di Melaka, mak izinkan..atleast ada la orang tolong jaga..tolong tengok-tengokkan pu3 ni..nama aje anak sulong, tapi perangai macam nak bongsu..mana mak tak risau..

tu baru kes bagitau mak..belum kes bagitau en.api lagi..en.api punya amanat & nasihat lagi panjang daripada mak..baik dari segi jaga tingkah laku, keselamatan, makanan, sampaila ke kisah pakai baju besar2 & jangan cun melecun sangat...motif?hehehe jangan risau yer, pu3 pakai purdah kat sane..takpun comot2 jer..hehehe..

mak, jangan risau ye..pu3 pandai jaga diri..
en.api, jangan pusing2 tau..pu3 kan kuat macam anda jugak..
nenek embang, nek jangan rungsing, pu3 akan jaga beg pu3 tak bagi orang letak benda bukan2.

:)



Philippines, here i come!



Leelou Blogs

Jar Of Hearts

ini tajuk lagu.
lagu gegadis putus cinta dengan si kekasih dan kendian bekas kekasih itu mahu kembali. lalu luahan perasaan kecewa & marah si gegadis itu dituju kepada si bekas kekasih melalui lagu ini namun di adun dalam melodi yang lembut aje. bukan yg membentak2 marah.

even ada phrase "Who do you think you're, don't come back for me, don't come back at all" yang pu3 rasa kalau pu3 kene dump memang pu3 akan buat lagu keras2 macam lagu CrushCrushCrush,Paramore, menggunakan phrase tersebut, tapi berbeza pulak dengan lagu ni.lagu ni lembut je dia lontar tapi dalam mood yang cold. so, itu buat pu3 rasa lagu ini menarik. tambahan dengar suara penyanyi yg sodap.

try dengar. kalau yg tengah putus cinta tu, kalau rasa nk kuatkan diri utk tepis2 godaan si bekas kekasih, hah boleh la dengar.kot2 membantu.

Jar Of Hearts - Christina Perri




[ihsan encik google]

ekceli siapa Christina Perri ni? pu3 mula2 dengar nama dia pun pu3 ingatkan lagu yg akan diperdengarkan nanti (time tu tengah dengar radio) nyanyian duet Christian Aguilera dengan Katy Perry. alih2 suara lain yg keluar..pastu sedap plak. nasib baik sedap, boleh jugak hiburkan pu3 yang tengah ponat balik koje tu hah.

CP ni asal dari Philadelphia..umur baru 25tahun tapi dah pernah berkahwin masa umur 22 tahun.lepas kahwin beliaw rajin la produce music video kat encik Youtube. namun dah suratan atau kebetulan, jodoh tak panjang, beliaw bercerai setahun setengah kendian. lagu Jar of Hearts ni beliaw buat selepas bercerai..maybe luahan hati kot.ntah. namun dah memang rezeki kot, sebabnya kawan baik beliaw hantar lagu tu ke produksi So You Think You Can Dance utk show tahun 2010 dan lagu dia dipilih utk mengiringi salah satu persembahan tarian peserta. tup2 dah famous sekarang.

tuah ayam nampak di kaki.tuah manusia siapa yang tahu
kan?





p/s : sayeww tak mawuu rasew apew yg gegadis dalam laguw iteww raseww.. (haha baby talk mintak penampar!)


Leelou Blogs

Ya ampun~!
permulaan diet memang sgt2 menyeksakan betul la. abis semua makanan dalam dunia ni pu3 terbayang.(hah tipulakan semua. saje kasi dramatik). daripada kari kambing, ikan pekasam, tempoyak, makanan kampung, western, utara, selatan, timur, barat, abih semua keluar cantik je dalam kepala pu3. seksaaaaaaaa tau! seksaan psikologi ni.

T_____T

tapi nak buat macam mana, misi kelihatan sihat (dan shekshi) di hari perkahwinan perlu dijayakan jadi peperangan ini harus diteruskan! terngiang-ngiang pulak kata-kata indah Poksu pu3 yang berbunyi "kawin nanti sengetla pelamin ko"... perghhhhh sadis tahu tak. almentang-mentangla en.api ramping berotot berbanding pu3 yang tembun berlemak, sanggup beliaw berkata begitu terhadap anak sedara beliaw yang comel trang-tang-tang ni. takpe2 akan ku buktikan pelamin anganku tak senget!!

*kembang-kempis idung*


tapi, disebabkan mahu memuaskan hati dan mata serta minda yang tengah berserabut menahan napsu rabit lapar ni, pu3 google SESUATU jenis makanan.
(haha sekali lagi google makanan, rasa begitu tragis sekali hidup pu3 kala ini. tapi ok what, bukan seksakan badan, hanya mahu sihatkan badan dengan mengawal diri daripada makan secara semberono kan?kan?)

it's time for C.H.O.C.O.L.A.T.E!!


Kek Batik
perghhhhhhhhh tangkap leleh pu3 tengok kek batik coklat ni. kek peberet pu3 ni. bila la Cik Afraliza nak buat dalam sedulang-dua dan bawa ke opis.eh tetibe ter-point orang!


Kek Choc Moist
yang ni kalau dapat pu3 jilat sampai licin tak kirala depan orang ramai ke, jejaka kacak ke, bos sendiri ke. dah tak nampak dah semua tu~!tolak tepi.


Choc Indulgence Secret Recipe
hoh yang ini yang paling senang dapat. tak payah suruh orang buat or tempah kedai. esok balik keje pu3 pecut pegi Secret Recipe!



TAPI tak boleh kot. itu dah langgar perjanjian kempen 'Kami Mahu Sihat' di hari perkahwinan nanti T___T

*hilang pedoman sekejap*





[semua gambar adalah ihsan encik google
]







ehh yang ni pun sodap kan?kan?
T____T

Leelou Blogs

serius skarang pu3 tgh lapar giler. seharian ini perut pu3 hanya di isi dengan segelas minuman Rx Lite & 2keping biskut IKO. bukan ke Rx Lite boleh mengurangkan rasa lapar? tapi kenapa tak berkesan dengan pu3 nih???

bila nak mamam? malam nanti baru mamam dengan en.api. wahhh lambat! nak sekarang!

..
...
....

bila dah lapar ni, pemikiran pu3 jadik biol sekejap.rasa nak marah semua ada. so disebabkan sifat malas punya menebal dalam diri kala ini utk me-napau makanan di kedai, pu3 hanya meng-google gambaran2 makanan yg tiba2 muncul macam flashback kat dalam kepala pu3 ini, dengan harapan rasa lapar akan hilang!

pu3 google ini!

Nasi Lemak
tak perlulah ayam goreng, rendang semua bagai. just yg simple ada lauk ikan bilis sahaja. itupun dah buat pu3 guling2 atas katil!


Nasi Dagang
entah macam mana bila dah lapar ni mula la teringat nasi dagang air tangan mak & nenek pu3. kat melaka takde jumpa pun. kene tunggu balik kampung nanti la baru suruh mak buat.


Nasi Briyani
rasanya dekat setahun pu3 & en.api cari port baik utk telan nasi briyani kat Melaka ni. tak jumpa kat Melaka, sampai ke Johor kitorang turun. tapi takde rezeki lagi nak merasa. bila eh? org dah kempunan ni!


Kari Kambing
tak padan dengan penyakit pening-lepas-makan-kambing, sibuk nak teringin kari kambing jugak! tapi sedap tau. dulu kemain lagi tak suka kambing. sekali en.api perkenalkan, terus jatuh cinta! en.api jatuh tangga ke-2 okeh. kari kambing no.1.

Ikan Pekasam
haaa yang ini kalau nak yg sedap + nalek punya ada kat kampung en.api. so, kene turun Perak la dalam mase tedekat ni. karang bayi usus meragam.haha bajet macam orang mengidam!
Sambal Goreng Tempe
tempe ialah makanan peberet pu3. so kalau tak terbayang yang ni memang tak sah. nyum2! perot dah menggelegak ni. takmo diet lah! seksa tau!




semua gambar adalah ihsan encik google


waaaaaaaa LAPAR!!



eh kejap.sape cakap Rx Lite & diet pu3 tak berkesan? pu3 dah turun 3kilo tau.
hiihiiiihiiiiiiii..ayuh2 turun lagi!



Leelou Blogs


ROFL!




Leelou Blogs

NH Detoxlim - Natura Clenx Tea

Cik Hasrina mencadangkan pu3 menambah detox slimming tea dalam menu harian pu3 untuk mengatasi masalah peningkatan tahap ketembunan badan pu3 semenjak dua menjak ini. tambahan pulak pu3 mengalami masalah pencernaan & ke-tidak-kerapan proses 'pembuangan', jadi rasanya wajar la pu3 men-try diet secara detox. pi kasi buang segala toksik badan dan membakar lemak secara efektif & lebih cepat lagi. desperate nak kurus tau nih~!

beliaw bagi pu3 3 paket dahulu utk mencuba memandangkan beliaw sendiri sudah hilang sebanyak 4.5kg dalam masa tak sampai 2bulan.
hohhhhh mahu!mahu! mahu begitu juga!
*jeles*

Natural Clenx Tea ni mengandungi green tea & herba. gula dan perasa tambahan semua tak ade. so bila first time pu3 try tadi memang rasa nak terkeluar isi perot. dah memang pu3 ni jenis susah nk telan minuman/makanan yg rasa pelik2 sikit ah mula lah loya, kembang tekak dan rasa macam kene dera. padahal yang tak suka itu la yang elok, yang menyihatkan. haaa itu la suka sangat makan benda-benda tak sihat kan!

Cik kak Hasrina tadi kata beliaw minum sekejapan sahaje dalam 5min dah rasa perlu ke toilet. tapi pu3 ni dah dekat 2jam tak rasa pape pon. rase lapar lagi ada. haa kan dah telan karipap seketul. kenapa ye? tak berkesan ke dengan pu3?? alaa janganla begitu~~orang tengah semangat nak ber-detox ni~~~~

~_~


(ohh mungkin tindakbalas pu3 lambat kot.perlu berfikiran positif)


Antara Keistimewaan Green Tea
  • Menggalakkan pembakaran lemak
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi
  • Mengurangkan aras gula dalam darah
  • Menguatkan sistem imunisasi
  • Mencegah kanser
  • Menurunkan aras kolesterol dalam badan

so, mari kita lihat hasilnya terhadap pu3. berkesan kah?
kita tunggguuuuuuuuuuuuuu!


oh anyway terima kasih ya sahabat sebab bagi pu3 cuba 3 paket beserta sesi consult secara percuma tadi. jasamu dikenang :)

dan jika slimming tea ini kurang efektif terhadap pu3, pu3 mahu men-try ini pula la!




dare or double dare??





Leelou Blogs

cute & elegant

*me like*

[credit picture]

Irma Hasmie di Red Carpet AJL25
elegant kan..membuatkan pu3 mahu berpakaian seperti itu juga. namun perlu diubah-alter sdikit agar kelihatan sesuai utk gadis berhijab.

seperti ini.


[credit picture]

tengah sibuk-sibuk meng-google keyword 'muslimah work wear' , terjumpa blog ini.

Carib Muslimah

pu3 sukalah. cara blog ini meng-gabung-jalin-kan tatacara pemakaian muslimah agar kelihatan kemas & up-to-date memang menarik. tak kiralah kategori work wear ke, casual ke, diva or fun time ke semua ada.

tak payah follow sejibik2 pun takpe. amik ilham pun cukup.kita para gegadis-wanita kan memang di anugerahkan dengan fashion sense yg tinggi. mesti pandai match punyala~!



lagi-lagian work wear menambat hati





selepas ini mahu mengubah-alter fesyen kakak sayang pu3, Kim Kardashian agar sesuai utk muslimah pula

:)
Leelou Blogs

Sis Sue Ann Joe mengajak kite, kaum muslimah yg berhijab agar join kempen ini.

Wear It Right Campaign
Covering The Chest is The Best

dengan kata lain, jika menutup aurat itu biarlah sempurna. kefokusan kempen ini adalah dari segi pemakaian tudung, hijab, shawl, bawal dan sebagainya agar dipakai dgn sempurna menutup bahagian dada. dari segi yg lebih meluas, bolehla kite simpulkan dengan 'tutuplah aurat dengan sempurna tak kiralah dari segi pemakain tudung ke, baju, mahupun seluar or kain'.

terus-terang cakap cara pemakaian hijab pu3 belum pun sempurna lagi. kadang2 selempang atas bahu, kadang2 belit kepala sampai tinggal senteng je yg tutup dada, kadang2 ikat terus ke blakang tengkuk agar senang berjoging. most of the time memang tak cover dada sepenuhnya. belum masuk part baju, seluar dan sebagainya.

so, moga2 bile adanya kempen ni, ada jugaklah kesedaran dalam diri pu3 utk menutup aurat dengan sempurna.walaupun permulaan kite rasa susah namun usaha ke arah kebaikan itu tak pernah merugikan kan? so ayuh kawan2 kite spreadkan kempen ini utk kebaikan bersama!


*copy & paste sahaja poster itu*


^_~

Leelou Blogs

tibe-tibe rasa tak pueh hati pabila Ana Rafali dinobatkan juara AJL25. patut Hanyut Faizal Tahir~!!! ugghhh emo2. err tapi dah ditakdirkan rezeki dia kan? so terima jela. sapela pu3 nk kecoh2.bukan juri propesenel yg lebih berilmu pengetahuan dalam muzik pun kan~

ok full stop.


anyway, namo emo2 kisahkan AJL nun, pu3 nak kecoh pasal aktiviti mencandat sotong siang tadi. iye, pu3 & en.api pergi mencandat sotong di pantai berhampiran Dataran 1 Malaysia, Klebang tadi. pada mulanya pergi mencari rumah sewa baru memandangkan mahu menamatkan zaman bujang tidak lama lagi, tapi terlajak pula ke Bukit Rambai, langsung ke Klebang pastu terusla pergi mencandat sotong di Dataran 1 Malaysia.

hasil tangkapan amat memberangsangkan. dapat sotong besarrrrrrrrr punyer. siap warne-warni lagi tau you all.
nk tgk?

nah amek!

besarkan?besarkan? comeh lagi tau.

heee ekceli pu3 pergi main layang-layang di dataran tadi..tepi pantai, angin kuat so memang syok berjimba di situ. dataran terbabit dah jadi macam pesta layang-layang dengan pelbagai jenis, pelbagai bentuk layang-layang di angakasaraya.. ade burung, ade sotong, ade kurita besarrrrr 5x ganda pu3 punya, ada kelawar, doremon pun ade!
macam-macam lah~!

pada permulaan, pu3 nak layang-layang burung yg berkaler2 tapi mak aih harga cecah RM95. Tekojut mak, nyah! so, disebabkan dalam musim ekonomi-simpan-duit-untuk-kawen, en.api pilihkan sotong comeh itu. murah je RM18.

macam pesta dah.
beli..beli, jangan tak beli..banyak lagi tuen.api exited dapat terbangkan sotong comeh
see..see..flying octopus..
pu3 bajet terer main.padahal paksa en.api tinggikan sotong comeh baru pu3 take over.bila dah terbang rendah balik, paksa en.api tinggikan lagi.patut tak?patutla kan?kan?


sekarang sotong comeh dalam jagaan en.api. beliaw mahu membuat perubahan untuk memanjangkan lagi ekor sotong comeh agar lebih gagah di angkasaraya. nex week pergi main lagi.yeay!





ehh wetdemenet.bukan pu3 plan mahu berjongging ebery wikend untuk kempen 'Kami Mahu Sihat' ke? ohhh ke laut lagila azam tahun baru pu3 untuk lebih kurus & sihat!


-_-"


Leelou Blogs

selamat tengah hari Ahad sume!! ayark! bangun2 tido tadi belek cermin dan teperasan mate bengkak, muka sembab. penyeknye~~!
)-,-(

mungkin disebabkan semalam tido beserta pemikiran yg bukan-bukan sehingga berlinang air mata pastu kendian mungkin posisi tido yg suke sangat menyembam ke bantal takpun menutup muka dengan bantal busux itu membuatkan muka pu3 jadi penyek hari ini!

[credit picture]

hari ini bangun dengan semangat yg baru. kata-kata semangat dari Cik Myza Ali supaya jgn takut dengan kehilangan membuat pu3 akan berusaha kuat utk menjadi kuat dan tough menghadapi detik2 sukar yg mungkin akan terjadi dalam hidup pu3.

en.api juga selalu mengajar pu3 agar jadi kuat.kata-kata beliaw yg berbunyi "jika Allah tarik seseorang itu dari kite, maknanya Allah nak memberi yg lebih baik lagi untuk kita". pu3 tak jangka pu3 akan tersenyum instead of nanges bila en.api tuturkan ayat itu. mungkin sebab hati pu3 mengiyakan kenyataan itu. Jika sesuatu yg berlaku bukan mengikut plan yg kita rancang kita sepatutnya lebih lagi bersyukur sebab ia berlaku mengikut rancangan/ ketentuan Allah. dan ketentuan Allah adalah sebaik-baik keadaan.

jadi marilah sama2 kita menjadi kuat.even pu3 tak boleh janji utk tidak menangis, namun pu3 cuba berusaha utk menjadi kuat keseluruhannya, jiwa, iman, pendirian...

[credit picture]
so, cheer up!
yihhhhh silap gambo!



[credit picture]
okeh, cheer up & be happy! smile owes yeah.






p/s : tetibe terjatuh suka dengan lagu Sayang dr Taxi Band di blog Cik Miza. harus dengar lagi-lagian dong. neway thanks sebab sudi singgah di blog kecik pu3 ini :)

Leelou Blogs


aktiviti blog-walking pu3 harini berakhir dgn air mata gara-gara pu3 terbaca kisah sayu seorang gadis bernama Myza Ali di blognya..beliaw baru kehilangan kekasihnya August 2010 yg lepas. ditambah dgn background music di blog yg mendayu-dayu memang buat pu3 tersedu-sedu membayangkan macam mana jika pu3 berada di tpt beliaw..juga kisah sambutan anniversary kesorangan itu memang buat pu3 sedih sgt -_-

pu3 mungkin tak sekuat beliaw utk menghadapi kehilangan orang-orang yg pu3 sayang. sepanjang hidup pu3, pu3 memang tak pernah menghadapi situasi kehilangan orang yg rapat dgn pu3. dan pu3 dapat mengagak bagaimana pu3 boleh jatuh terjelepok dalam garisan hidup pu3 utk satu jangka masa yang lama utk bangun kembali jika ia terjadi. hanya dgn membaca kisah hidup beliaw boleh buat pu3 menangis, pu3 juga dpt bayangkan bagaimana banyaknya air mata pu3 yg akan tumpah nanti jika ditakdirkan pu3 akan menghadapi kehilangan orang-orang kesayangan pu3. namun pu3 tahu pu3 perlu kuat. dan pu3 harus sedar lambat laun mungkin pu3 akan menghadapi keadaan itu nanti....

hanya dgn menaip ayat-ayat di atas pu3 dah tak kuat. pu3 menangis lagi. pu3 terpikir jika kehilangan itu berlaku:
bagaimana hidup pu3 nanti?
kuatkah pu3 hadapi dunia?
berapa tahun yg pu3 perlu utk lupakan kisah sedih itu?
adakah orang yg akan syg pu3 sebagaimana orang2 kesayangan pu3 ini syg pu3?

sekarang hidup pu3 memang di tahap yg sgt bahagia dgn family, sahabat & en.api di sisi pu3. tak mampu dibayangkan jikalau salah satu kebahagian pu3 ini ditarik bagaimana keadaan pu3 nanti.
*nanges*

"Ya Allah, kuatkanlah jiwa & imanku menghadapi situasi-situasi sukar"


utk Myza,semoga anda tabah menghadapi dunia ini. memang mudah pu3 menuturkan kata namun sukarnya kahilangan itu walaupun sedikit sebanyak pu3 dapat bayangkan keperitannya tapi tidak seperit yg anda tanggung kan? moga arwah ditempatkan di kalangan orang yg beriman.




*tambah sedih dengar lagu Aizat ni!*

Leelou Blogs

hari ini hari Sabtu.. tanpa sedar pu3 terbangun lagi 10min pukul 1 tgh hari. haih burok bebenor anak dara bangun dah sekerat hari ni. kene Qada Subuh la jawabnya..tapi tak tahula kenape hari ni terase sungguh syok tido. lepas tu bermimpikan pegi ke retail studio Stage Cosmetic & terjumpa berloggok duit RM50.. kayo mokcik kayo! mimpi syok kot, itu yang sampai nk masuk sesi petang baru bukak mata..

maaf ya.

oyeah! hari ni terasa seperti mood ingin mengemas atur barang2 pu3. bilik tidaklah seperti sarang rabit ataupun sarang en.api, tetapi barang yg byk itu menyebabkan keadaan bilik seperti berserabut. contohnye ini :


bermacam-macam barang, dgn kotex la, perfume la, lens solution, sikat, toner, ubat jerawat, bedak sejuk, pewangi bilik.. haihh berterabur betui.. tapi semua tu keperluan. dah susun elok2 pun tetapi disebabkan byk dan pelbagai bentuk, mulala nmpak berterabur. nak beli almari berlaci namun bilik pu3 tidaklah sebesar mana, nanti sempit mula terbit penyakit Claustrophobia pula.

hah ni lagi satu..ntah bermacam buku, majalah, file, pastu siap ade skipping yg berzaman tak guna, tupperware2 lagi, haaa tu gelas tu, ni dapor ke bilik?? sakit mata tau. mana nk sorok lagi ni. bilik semua dah penuh dgn barang2 lain, dengan katil, gobok baju, belum masuk bekas baju tak basuh yang tak perlu dipertonton di sini.

haih! -_-!

sbg langkah penyelesaiannya, pu3 mahu membeli 4-5 keping kotak besar dan longgok semua dalam tu. satu kotak buku2, satu kotak barang kecantikan, 1 kotak barang makanan dan sebagainya.biar nampak clean & clear. nanti bile dah kemas pu3 upload gambar dgn bangga.


ahha, ketika mengemas tadi, terjumpa ini :

hadiah pertama pu3 utk en.api hampir 3 tahun yg lepas ketika first date. teringat lagi, bersusah payah pergi ke Bukit Jambul Complex di Penang ketika study di USM dulu utk tempah key-chain hati ni..see, half hati yg tertulis perkataan pu3 tu sepatutnya dlm simpanan en.api, namun hati itu cedera; nampak tak penyangkut dia putus. so en.api suruh pu3 simpankan dulu kerna takut tercedera lagi lalu hilang. hohhh sampai hati mahu cederakan hati pu3??

why pu3-naga? dats how our story begin :)

Leelou Blogs