Hari Sabtu

Kemas Rumah - done
Basuh baju - in-progress
Iron baju kerja - malam la kot
Masak - errr makan luar la hari ini since en.suami outstation
Cabut rumput - tunggu en.suami la buat
Jamu TETAMU makan - Done


Tetamu? siapa tetamu?


ini dia tetamu terhormat minggu ini!



yes, si bulat dua ekot yang menghuni rumah pu3 sejak Jumaat lepas.
kesian terpaksa berpisah dengan tuan sampai 3 hari sebab tuan nak balik kampung. memandangkan kos Pet-Hotel pun kene ambik kira lepas tu kes aniaya haiwan macam pemilik Petnode tu lagi so better mintak tolong kawan-kawan yg sudi tolong jagakan ye dop.
tapi pu3 terpaksa kurung dalam sangkar. kalau lepas nanti hilang ke gadoh sampai darah-darah ke takpun lari ikut anak dara orang ke, tak ke jenuh nak menjawab dengan tuan pemilik.

tu bukan aniaya kan?

but of cos bukan 3hari 3malam kurung.

sometime biar mereka main-main dalam rumah.
sampai terbalik gitar en.suami mereka kerjakan.

okayla at least ada teman di kala en.suami out station.



si oren yang paling bulat. dia tengah makan tu tapi si hitam tak nak makan. pu3 saspek dia rindu tuan takpun terkejut dengan environment yang baru. tapi kalau lepaskan mereka ni, si hitam yang paling aktif. satu rumah die tawaf sambil mengiau. kenapa ek? maybe dia cari tuan dia kot.

see..see..si hitam muka sedih sambil tengok pagar rumah.. oren evendo agak penakut sedikit tetapi kalo bab makan laju je. rezeki jangan ditolak.

then suddenly si putih kucin yang selalu menempel dekat rumah pu3 datang. dia agak kaget melihat ada dua ekor makhluk sejenis dia di rumah pu3. risau catuan makanan dia makin berkurang kot. don't worry, pu3 seorang yg adil. ehe.

hmm weekend seems so long bila en.suami takde.
nak kacau encik-encik tetamu la!




p/s : JK Tony, kucing yu berada dalam keadaan sihat walafiat. yang oren pu3 yakin tetapi yang hitam tu mungkin berat dia ada berkurang sikit. penyakit rindu. oh ye pelis bawak balik buah tangan dari Sarawak k. but not gambir sarawak!



Leelou Blogs