Showing posts with label diet. Show all posts
Showing posts with label diet. Show all posts

Ya ampun~!
permulaan diet memang sgt2 menyeksakan betul la. abis semua makanan dalam dunia ni pu3 terbayang.(hah tipulakan semua. saje kasi dramatik). daripada kari kambing, ikan pekasam, tempoyak, makanan kampung, western, utara, selatan, timur, barat, abih semua keluar cantik je dalam kepala pu3. seksaaaaaaaa tau! seksaan psikologi ni.

T_____T

tapi nak buat macam mana, misi kelihatan sihat (dan shekshi) di hari perkahwinan perlu dijayakan jadi peperangan ini harus diteruskan! terngiang-ngiang pulak kata-kata indah Poksu pu3 yang berbunyi "kawin nanti sengetla pelamin ko"... perghhhhh sadis tahu tak. almentang-mentangla en.api ramping berotot berbanding pu3 yang tembun berlemak, sanggup beliaw berkata begitu terhadap anak sedara beliaw yang comel trang-tang-tang ni. takpe2 akan ku buktikan pelamin anganku tak senget!!

*kembang-kempis idung*


tapi, disebabkan mahu memuaskan hati dan mata serta minda yang tengah berserabut menahan napsu rabit lapar ni, pu3 google SESUATU jenis makanan.
(haha sekali lagi google makanan, rasa begitu tragis sekali hidup pu3 kala ini. tapi ok what, bukan seksakan badan, hanya mahu sihatkan badan dengan mengawal diri daripada makan secara semberono kan?kan?)

it's time for C.H.O.C.O.L.A.T.E!!


Kek Batik
perghhhhhhhhh tangkap leleh pu3 tengok kek batik coklat ni. kek peberet pu3 ni. bila la Cik Afraliza nak buat dalam sedulang-dua dan bawa ke opis.eh tetibe ter-point orang!


Kek Choc Moist
yang ni kalau dapat pu3 jilat sampai licin tak kirala depan orang ramai ke, jejaka kacak ke, bos sendiri ke. dah tak nampak dah semua tu~!tolak tepi.


Choc Indulgence Secret Recipe
hoh yang ini yang paling senang dapat. tak payah suruh orang buat or tempah kedai. esok balik keje pu3 pecut pegi Secret Recipe!



TAPI tak boleh kot. itu dah langgar perjanjian kempen 'Kami Mahu Sihat' di hari perkahwinan nanti T___T

*hilang pedoman sekejap*





[semua gambar adalah ihsan encik google
]







ehh yang ni pun sodap kan?kan?
T____T

Leelou Blogs

NH Detoxlim - Natura Clenx Tea

Cik Hasrina mencadangkan pu3 menambah detox slimming tea dalam menu harian pu3 untuk mengatasi masalah peningkatan tahap ketembunan badan pu3 semenjak dua menjak ini. tambahan pulak pu3 mengalami masalah pencernaan & ke-tidak-kerapan proses 'pembuangan', jadi rasanya wajar la pu3 men-try diet secara detox. pi kasi buang segala toksik badan dan membakar lemak secara efektif & lebih cepat lagi. desperate nak kurus tau nih~!

beliaw bagi pu3 3 paket dahulu utk mencuba memandangkan beliaw sendiri sudah hilang sebanyak 4.5kg dalam masa tak sampai 2bulan.
hohhhhh mahu!mahu! mahu begitu juga!
*jeles*

Natural Clenx Tea ni mengandungi green tea & herba. gula dan perasa tambahan semua tak ade. so bila first time pu3 try tadi memang rasa nak terkeluar isi perot. dah memang pu3 ni jenis susah nk telan minuman/makanan yg rasa pelik2 sikit ah mula lah loya, kembang tekak dan rasa macam kene dera. padahal yang tak suka itu la yang elok, yang menyihatkan. haaa itu la suka sangat makan benda-benda tak sihat kan!

Cik kak Hasrina tadi kata beliaw minum sekejapan sahaje dalam 5min dah rasa perlu ke toilet. tapi pu3 ni dah dekat 2jam tak rasa pape pon. rase lapar lagi ada. haa kan dah telan karipap seketul. kenapa ye? tak berkesan ke dengan pu3?? alaa janganla begitu~~orang tengah semangat nak ber-detox ni~~~~

~_~


(ohh mungkin tindakbalas pu3 lambat kot.perlu berfikiran positif)


Antara Keistimewaan Green Tea
  • Menggalakkan pembakaran lemak
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi
  • Mengurangkan aras gula dalam darah
  • Menguatkan sistem imunisasi
  • Mencegah kanser
  • Menurunkan aras kolesterol dalam badan

so, mari kita lihat hasilnya terhadap pu3. berkesan kah?
kita tunggguuuuuuuuuuuuuu!


oh anyway terima kasih ya sahabat sebab bagi pu3 cuba 3 paket beserta sesi consult secara percuma tadi. jasamu dikenang :)

dan jika slimming tea ini kurang efektif terhadap pu3, pu3 mahu men-try ini pula la!




dare or double dare??





Leelou Blogs

salah satu azam tahun baru 2011 pu3 mahu kurus & sheksi seperti Kim Kardashian
hoh! niat awal2 dah salah..ade ke nak kurus sebab nk sheksi..patutla tak kurus2..

oke2 perbetul niat


azam tahun 2011 pu3 mahu kurangkan berat badan agar lebih sihat & segar supaya boleh terus berkhidmat utk keluarga, nusa & bangsa.

jadi, pertamanya, utk menjadikan azam itu satu kenyataan, pu3 telah memulakan diet kurangkan pengambilan karbohidrat dalam menu seharian..dalam kes pu3 ni, kurangkan pengambilan nasik dahulu..ini pagi2 nasik lemak, tengahari nasik berlauk, malam nasi goreng pulak. hari2 macam tu..abeh mane tak tembun serupa doremon!..paghah..paghah..

diet kurangkan-makan-nasik bermula Rabu lepas. tapi byk jugak pu3 terbabas menelan nasik lemak ketika pagi..tak tahan la. kelabu2 mata pu3 ni tgk bebudak opis pu3 tu mkn..nanti tak ikut join pegi bekfes tertinggal pulak gosip2 terkini..so kene la pegi berkfes jugak kan..takpela..takpela..warming up dulu sebelum masuk 2011 kan?kan?

keduanya, pu3 bercita2 mahu memulakan aktiviti berjogging.. Housemate, Cik Alina & Soulmate En.api akan turut serta sekali dalam kempen 'Kami Mahu Sihat' ini. sejauh mana kempen ini akan berjaya??kita nantikan! tapi harap2 la berjaya..nanti nk kawen tahun depan kene la sheksi, eh sihat!

so, bila nk berjogging kenala beli kasut jogging baru. pergila pu3 berkobar-kobar membeli kasut dgn en.api sebentar tadi.

tema kami biru

itupun dalam masa nk membeli sempat jugak gado-gado getis ngn en.api.. pu3 ni mulala dah buat pe'el ngengada nak kasut ratus-riban dan tak reasonable. bila en.soulmate nasihat terus buat muncung sedepa. sampai merajuk en.soulmate!

heee sorry ye en.soulmate..saye dirasuk Hantu Kak Limah kot tadi, itu yang sampai begitu sekali pe'el-bebai nye. tapi saye dah insap kan?kan? tak jadi beli kasut ratus-riban kan?kan? dah belanje waffle + ice lemon tea kegemaran kan?kan?

hehe


merajuk makan McFlurry sorang-sorang

muka sedih tak kene pujuk dgn pu3

merajuk ahh!takmo pujuk sudah!


ohh dah masuk 27hb Disember 2010

Happy 3rd Anniversary
My Dear Soulmate


"On this anniversary, we may not have wealth, but we do have each other and that is worth more than anything in the world"

Luvya~



p/s : ish-ish tetibe teringat part citer Hantu Mak Limah balik Rumah.. terngiang-ngiang pulak lagu 'enjit-enjit semut'...wuuuuuuuuu seram!



Leelou Blogs

Salam Aidil Adha semua..
hamboi kemain semua mkn nasi impit kuah kacang, rendang daging, nasi minyak, kuih raya ek..dah Buncit tu..jaga2!! hehe..
pu3 plak tak mkn pun lagi semua tu.. first sebab pu3 tak balik kampung kat pahang..so umah bujang sendiri memang tak buatla semua2 tu..second, perot buat hal pagi2 nih..nenek embang dah panggil beraya sekali namun kerna perot tak mengizinkan, pu3 hold dulu..nanti pu3 datang ye nek..

pu3 rasa usus pu3 cedera..puncanya tak lain tak bukan sebeb SAMBAL..
2minggu sebelum, selama 2bulan pu3 bekfes, tak kirala nasi lemak ke, nasi goreng, ketiaw or bihun, WAJIB ada kuah sambal.. dan bukan calang2 pu3 ambik,dah sama byk dgn kuantiti hidangan bekfes yg pu3 amik..half pinggan! dan yg creepy nye kuah sambal tu memang byk bijik2 lada..maybe tukang masak malas nk buang, or maybe dia blend tak campur minyak masak, so bijik lada tu tak hancur..

kesannye, bila pu3 makan perot mesti sakit selepas itu..pada mulanya pu3 tak sedar, ingatkn hanya sakit perut biasa..tapi setiap kali makan, perut mesti sakit, then pu3 saspek perot pu3 problem...
yet bleeding iniside oso..

so, now pu3 dah kurangkan pengambilan sambal dlm menu harian pu3..tp frankly speaking, memang sgt susah nk tolak any sambal, kuah sambal, masak merah, asam pedas & sebagainye sbb semua grup makanan tu dh jd menu tetap pu3..but i need to..pu3 taknak usus pu3 cedera, then jadi ulser then jadi kanser pulak..ohh no no no!

now hampir 2minggu pu3 berdiet sambal.. even kadang2 terbabas jugak ambik, tp pu3 mkn berpada2..
i need to stay healthy for my love ones & my family :)



sambal tumis

asam pedas
sambal belacan



hmmm gonna miss u all.......
~_~


rrrrrrrrrrrrrr!

ush pasaipa yang susah sgt nak diet niiii...diet seminggu pastu senyap...start makan byk blk..eksesais tak buat..dah la keje asik dudukkkkkkkkkkkkk je ngadap pc nun..balik umah duk melepekkkkkkkk lagi atas kusi takpun atas katey..penyudahnye bam-bam mcm Gloria Madagascar punya!

so,utk memperkasa kan program diet, pu3 p la google wanita2 gojes around the world dgn harapan tahap kejelesan yg melampau akan membakar semangat diet agar lebih cemerlang terbilang & gemilang..

1st, pu3 google Shakira :


see..see..sgt gojes okeh..ni semua gara2 jeles dgn perut kempis beliaw dalam video klip Gypsy.. 5tahun diet baru pu3 dapat perut mcm tu kot..takpun berangan jela nk pakai pinggang siza 26.. duh jauhnyer perjalanan..

tapi mostly gamba shakira yg pu3 jumpe kat google tak menarik minat sgt..1st, pu3 tak suka style rambut dia..2nd, die kurus, gojes, tapi kurang isi la..nak yg hots!hehe

2nd, pu3 google akak Salma Hayek :


ekceli tak berapa minat sgt tapi dulu kebetulan tertengok cerita Bandidas yang beliaw berlakon dgn Penelope Cruz tu.. tgk pinggang dia dlm cite tu mak aih..kecik betul..separuh pinggang pu3 kot..(big boobies oso)..ala pakai koset je tuuuuuuuuuu (sedapkan hati yg jeles)

3rd, haaa yang ni pu3 suka google, si hotz
Kim Kardashian


haa ni dia si cuvy berbanding 2 wanita di atas..tak kurus sgt..ade isi, tapi perut kempis, pinggang ramping okeh~! tu yang penting..(part bam-bam je pu3 segan..sexy sgt..hehe)

pu3 suka tgk style mekap...

gaya rambut..
style carry koleksi beg time berjalan (ala2 diva gitew)..
glasses..

she's elegance type but oso love to see her in casual way like this
woot..woot..sgt suka gaya jeans + top + cardi/jacket..luv it~!

hmmmmmmmmmmmm..berkesan ke aktiviti membakar semngat diet dgn unsur2 jeles begini.. we'll see..

*hopefully*

k..till then :3