Janji Kekasih..drama kegemaran pu3 kini..drama dalam Slot Zehra TV3, 9pm Jumaat, yg pu3 sayang abis selepas drama Nur Kasih dulu..drama dgn elemen keagamaan ni byk kali buat air mata pu3 jatuh..rasa insaf..rasa byk sgt dosa yg pu3 buat..pu3 manusia biasa yg tak lari dari buat kesilapan..moga sedikit sebanyak drama ni dapat memberi kesedaran kepada pu3 & semua yang menontonnya.. ^_~

Karina (Jue Aziz) = Anak gadis yang membesar dalam keluarga berada dan berperwatakan agak liar pada permulaan cerita..membawa imej gadis sosial bermoto besar dan penyinggah setia pub2 & disko2..minum arak & merokok sedari usia 12 tahun..tinggal dengan mama yang moden dan tidak diberi ajaran agama yang secukupnya..

Jue memang sesuai sgt bawak watak ni..dgn imej gadis moto, rambut panjang mengurai.. memang menjadi bile dia bawak watak gadis kaki rewang kat kolej.. namun perlahan2 watak Karina berubah ke arah yg lebih baik.walaupun tertekan dgn mama sendiri yg tidak suka bila Karina berubah ke arah kebaikan ; pakai tudung & berbaju kurung, namun dgn kehadiran Shah & Alya, Karina tabah. mungkin ini yg dikatakan mendapat hidayah dari Allah..Karina dibuka hatinya utk berubah dan menuju ke jalan yg diredhai..

Shah (Fezrul Khan) = Dibesarkan dalam keluarga yg kuat pegangan agama.. rakan sekolej Karina.. Karina panggil Shah ustaz pada mulanya sebab Shah byk memberi kata2 hikmah & nasihat2 kepada Karina melalui emel.. Shah rasa bertanggungjawab untuk membantu Karina kembali ke jalan yg benar walaupun ramai rakan2 sekolej yg memandang serong terhadap niat baiknya.. tambahan pula Shah terhutang nyawa dengan Karina yg menderma darah semasa Shah kritikal selepas kemalangan.

Dulu pu3 suka tgk Fezrul bawak watak yg tenang & gentleman dalam Drama Exora dgn Fazura tu..tapi dalam citer Janji Kekasih ni sekali lagi beliaw berjaya menambat hati pu3 dgn watak ustaz muda yg tenang & tak cepat melatah..matured & berilmu.. :)

Alya (Ayu Raudah) = Rakan sebilik Karina..byk membantu Karina ketika Karina sering dicemuh rakan2 yang lain..selalu mengambil berat..menjaga kesihatan Karina yang sering batuk2 disebabkan rokok.. sanggup memadam perasaan sayang dekat Shah selepas tahu Karina juga senang & suka berdamping dgn Shah..Lemah lembut..tak pernah putus2 mengajak Karina ke arah kebaikan walaupun kadang2 sering dimarah Karina yg selalu emo & negatif ketika permulaan cerita..

Bila menghayati je watak Alya ni, perkara pertama yang terlintas dlam hati pu3 ; baiknya dia... sangat baik..tak pernah buruk sangka terhadap Karina..even hati dia juga terluka pabila Shah rapat dngn Karina namun di masa yang sama Alya bersyukur dengan situasi itu..tetap berdoa kebahagian Karina & Shah..menangis bersama tatkala Karina bersedih..sangat prihatin dengan kesejahteraan Karina..Ya Allah, susahnya nak jumpa kawan yg sebaik ini..tanpa rasa iri hati & busuk ati dalam diri.. 2 thumbs up utk Ayu Raudah yg bawak watak ini dgn excellent~!


even selalu terlepas nak tgk kat tv, namun nasib baik boleh layan @ web TV3.. Thanks TV3~! :))

0 berbalas bebel ::