Bulan ramadan ni banyak jugak cerita yg menyentuh emosi & perasaan pu3.. salah satunye slot samarinda : Syurgamu Ramadhan.. bukak internet, pegi kat web site Tonton terus bukak channel tv3 nak cari citer ni.. so malam ni apelagi, layan dari episod 3 smpi latest episod,episod 9..maraton..

penyudahnya, habis bantal basah lenjun..tisu bekepui2 dlm dustbin, mata bengkak2 n hidung dh merah macam clown..huhu tesentap emosi doh~ OST citer ni memang tidak dinafikan menjadi salah satu faktor terbesar yg menyumbang kebanjiran air mata pu3..lagu dari Azfar, Akan ku Jumpa memang syahdu..sedih..mendalam...*srottt2*

layankan~~



yang ni versi perempuan daripada Nadia Aqilah Bajuri..not bad..tp lg prefer Azfar.



*sob2*

nk p search citer lain dalan Tonton lagi la~~

*toodles* \(^_~)v

Gambar terpilih ogos 2010 jatuh kepada gambar di atas~~! incik api dah bertukar menjadi naga api..gambar ni diambil lepas buka puasa kott tapi nmpaknya incik api still lapar lagi sampai nak telan kepala pu3~ ;p

afta this, every month nak buat slot 'Gambar Terpilih Bulan Ini ' la~

Syok lepas gian main bunga api dengan incik api harini..memandangkan bos beliaw menjadi tokan bunga api & mercun yang berkakilebar, so incik api turut sama terjebak menjadi apprentice bosnya.

today kitorang just main stok yang ada dalam simpanan ; bunga api kaler2 & mercun thunder clap.. disebabkan pu3 alergik dengan benda yang meletup2, jawabnye main bunga api je la.. bunga api dia mak aih, dah kurus keding jer berbanding dulu..kalau dulu zaman pu3 sekolah & banyak jerawat gatai lagi tuh, belerang dia padat & banyak..macam2 kaler boleh kuar..skarang nih boleh dikatakan half dari yang dulu...baru nak bersuka2 tergedik2 bajet suwit thirteen lagi alih2 dah padam..cis~

incik api mngambil bahagian acara main mercun thunder clap..isi dalam botol, bakar & biar si mercun terbang..huh pu3 tak berani~!ape nak buat kalau nanti tiba2 mercun meletup sebelum sempat lari??then bila dah terbang melencong ke lain tembak diri sendiri ker? takpun masuk baju sendiri??sapa nak tanggungjawab??

so, disebabkan banyak sgt pemikiran negatif dalam kepala otak pu3, incik api bagi bunga api sedozen suh main jauh2..haha kejam~!

p/s : gambar tidak dpt diupload sebab kamera tertinggal~

Misi hari ini ialah merebut mendapatkan Kuih Keria Gula Merah @ Gula Melaka di Bazar Ramadan Taman Seri Cempaka nearby Melaka Sentral~~! Kawan2 cakap memang sedap & tip top makcik tu buat..so kene try~!

Dulu pergi sekali tapi kuali dah licin..kali ni nak pegi awal ckit..sebab gerai makcik tu memang jadi tumpuan ramai & cepat je licin kuih keria beliaw..tambahan pulak pu3 memang tak pernah makan Kuih Keria Gula Merah ni, selalu gula biasa jer..so, ade sedikit keinginan di situ~meh kita tgk nasib harini baik ke tak~~~ ^_^

credit tu cik blogger di atas kerna mempublish gambar kuih keria gula melaka yg sgt yummy~!

*update *

berjaya beli kuih keria~! kui 4:30pm dah terpacak depan gerai makcik tu..beli sekali RM4..tak agak2 betul..tapi nasib baik memang sedapppppppppppp~!



Janji Kekasih..drama kegemaran pu3 kini..drama dalam Slot Zehra TV3, 9pm Jumaat, yg pu3 sayang abis selepas drama Nur Kasih dulu..drama dgn elemen keagamaan ni byk kali buat air mata pu3 jatuh..rasa insaf..rasa byk sgt dosa yg pu3 buat..pu3 manusia biasa yg tak lari dari buat kesilapan..moga sedikit sebanyak drama ni dapat memberi kesedaran kepada pu3 & semua yang menontonnya.. ^_~

Karina (Jue Aziz) = Anak gadis yang membesar dalam keluarga berada dan berperwatakan agak liar pada permulaan cerita..membawa imej gadis sosial bermoto besar dan penyinggah setia pub2 & disko2..minum arak & merokok sedari usia 12 tahun..tinggal dengan mama yang moden dan tidak diberi ajaran agama yang secukupnya..

Jue memang sesuai sgt bawak watak ni..dgn imej gadis moto, rambut panjang mengurai.. memang menjadi bile dia bawak watak gadis kaki rewang kat kolej.. namun perlahan2 watak Karina berubah ke arah yg lebih baik.walaupun tertekan dgn mama sendiri yg tidak suka bila Karina berubah ke arah kebaikan ; pakai tudung & berbaju kurung, namun dgn kehadiran Shah & Alya, Karina tabah. mungkin ini yg dikatakan mendapat hidayah dari Allah..Karina dibuka hatinya utk berubah dan menuju ke jalan yg diredhai..

Shah (Fezrul Khan) = Dibesarkan dalam keluarga yg kuat pegangan agama.. rakan sekolej Karina.. Karina panggil Shah ustaz pada mulanya sebab Shah byk memberi kata2 hikmah & nasihat2 kepada Karina melalui emel.. Shah rasa bertanggungjawab untuk membantu Karina kembali ke jalan yg benar walaupun ramai rakan2 sekolej yg memandang serong terhadap niat baiknya.. tambahan pula Shah terhutang nyawa dengan Karina yg menderma darah semasa Shah kritikal selepas kemalangan.

Dulu pu3 suka tgk Fezrul bawak watak yg tenang & gentleman dalam Drama Exora dgn Fazura tu..tapi dalam citer Janji Kekasih ni sekali lagi beliaw berjaya menambat hati pu3 dgn watak ustaz muda yg tenang & tak cepat melatah..matured & berilmu.. :)

Alya (Ayu Raudah) = Rakan sebilik Karina..byk membantu Karina ketika Karina sering dicemuh rakan2 yang lain..selalu mengambil berat..menjaga kesihatan Karina yang sering batuk2 disebabkan rokok.. sanggup memadam perasaan sayang dekat Shah selepas tahu Karina juga senang & suka berdamping dgn Shah..Lemah lembut..tak pernah putus2 mengajak Karina ke arah kebaikan walaupun kadang2 sering dimarah Karina yg selalu emo & negatif ketika permulaan cerita..

Bila menghayati je watak Alya ni, perkara pertama yang terlintas dlam hati pu3 ; baiknya dia... sangat baik..tak pernah buruk sangka terhadap Karina..even hati dia juga terluka pabila Shah rapat dngn Karina namun di masa yang sama Alya bersyukur dengan situasi itu..tetap berdoa kebahagian Karina & Shah..menangis bersama tatkala Karina bersedih..sangat prihatin dengan kesejahteraan Karina..Ya Allah, susahnya nak jumpa kawan yg sebaik ini..tanpa rasa iri hati & busuk ati dalam diri.. 2 thumbs up utk Ayu Raudah yg bawak watak ini dgn excellent~!


even selalu terlepas nak tgk kat tv, namun nasib baik boleh layan @ web TV3.. Thanks TV3~! :))

Susahnya nak dapat makan cendol pulut tengah bulan puasa ni.. nak~!nak~!nak cendol pulut~! ~_~

*drool*

rasanya first time dalam hidup pu3 request nak makan cendol pulut..sebelum ni tak pernah2 pulak nak minat cendol pulut ke, cendol biasa ke.. *kau mengada ye perot~!*
even kalau member or family makan, pu3 just request 1 sip je sebab nak rasa..tapi kenapa time bulan2 puasa, time kedai cendol tak bukak waktu siang, time nak cari cendol malam2 memang tak kan dapat, time tu jugak nak teringin~! ngueeeeee~!

uhhh sabar2...dugaan2...cubaan...~_~

nak hilangkan ngidam, pu3 google je gambar cendol pulut..telan air liur jela dulu sementara nak dapat makan nex bulan..nasib baik incik api dah promise nak bwk makan..promise kay~!

p/s : malam ni nak mimpi makan cendol pulut..so nak google banyak2 gambar cendol pulut~!

bosan la tudung bawal..hari2 pakai tudung bawal..tgk gadis2, mak2 dara sungguh girang men-try segala jenis tudung harini..bermacam2 nama tp malas pu3 nak senaraikan sebab u'ols lagi arif kan..lalu terbit keinginan di hati nak mencari kelainan..tp perberitahuan awal, tudung jenis di bawah ini memang tak sesuai langsung dgn muka pu3..dah try bermacam2 kaler dan corak juga size tapi totap tak sesuai..ape masalahnye ni-->

tudung ekin ke, tudung fareeda ke, tudung munawarrah ke, ariani ke, segala jenis yang ber-awning keras tu memang gagal kelihatan cun dan serasi di muka pu3.. sikit lagi nak macam bibik..so, tudung begini tidak harus dipakai.fullstop. (u'ols pakai cun, so go on kay~)

tapi, sikit masa dulu pu3 pernah tersinggah kat satu blog awek ni..tapi sori sangat sebab pu3 lupa address blog dia..dulu pun tersinggah sebab kebetulan..dah name tersinggah kan..memang tak boleh recall..tapi dalam salah satu entry, dia ada publish video cara pemakaian tudung gabungan selendang dan inner / anak tudung.. pu3 rasa dia cipta sendiri & memang sesuai dengan bentuk muka dia.. pu3 berkenan nak try tapi tak berani..so berbulan2 pendamkan perasaan teringin tu..and at last, minggu ini berjaye men-try ia.. :))


see..see macam bibik tak?
inner tudung mak belikan..beria2 mintak pos dari pahang, macam kat melaka takde

tudung tidak di pin dibawah leher tapi di pin ke anak tudung, di bawah telinga kiri & kanan.. selendang di tepi di biar bebas ala2 nampak macam tudung Dato' Siti tapi leher di-cover.. err macam complicated tapi senang jer..nantilah cari video awek tu balik..

nampak okay..tapi maybe sebab first time..so rasa kekok..pu3 boleh pakai sebulan sekali je kot macam ni..sebab dah selesa ngn cik bawal ;p

anyway terima kasih kepada awek blog yg dibicarakan sebentar tadi sebab mengintroduce cara pemakaian selendang & inner yang agak sesuai dengan muka pu3..so takda la rasa ketinggalan berfesyen kan..i'll try to find your blog again & say thank you :))

p/s : incik api still cakap macam bibik..pipi macam pelam epal..haih baru nak melaram..apa nak buat.. ;p

Hujan tak berenti lagi..dari petang tadi dalam pukul 5 lebih sampai sekarang hampir ke 8 malam.. agaknya fasa musim hujan dekat melaka ni dah sampi..rutin hujan selalunya lewat petang dalam pukul 5 ke atas & awal pagi dalam pukul 4-5 pagi..kalau awal pagi tu memang bikin liat nak bangun subuh..sahur?hmm memang bangun utk minum air jer..sayang tidur mengatasi segalanya~hujan pulak memang lebat betui..sungguh2 hujan..tadi pun langit gelap amat..pu3 keluar ofis dalam pukul 5;15pm terus pecut ke arah Kerubung.. memang plan nak pegi bazar ramadan kat area Taman Kerubung Jaya sebab tak ramai orang..asal dapat beli nasi & kuih seringgit sudahla..cukup.

Keluar je dari simpang ofis di mana tertera sign board besar "Melaka Solar Valley", terus pecut ke arah kerubung..pecut tak pecut sangat la memandangkan minyak kereta dah wink-wink..so, pu3 bawak dengan sopan santun dan berfikiran positif agar awan masih lagi mampu menampung berat sang hujan walaupun kaler awan dah bertukar jadi biru gelap.. "sabar..sabar'..jgn turun lagi..pu3 nak beli nasik dulu ni.."

perjalanan yg agak sopan tu berbaloi tatkala berjaya tiba ke destinasi sebelum awan merembes isi perutnya..keluar je kereta pu3 dah tak tgk kiri kanan, terus menonong menuju ke gerai nasik lemak.."kak, nasik lemak lauk ayam merah 1 yea..kuah nak lebih" dah setel akak tu bungkus, pu3 keluarkan 4 keping not seringgit dan terus terkocoh-kocoh beli kuih sardin gulung seringgit.. awan dah gelap betul tu ditambah pulak angin dah mengganas..

dari bazar ke rumah memang takde sopan2 dah..biarla minyak dah wink-wink, pu3 pecut jugak.. dah calculate bajet rasenye minyak sempat nih memandangkan tadi dah bwk sopan santun.. pecut dalam renyai2 hujan ditambah jalan yang bengkang-bengkok smpi melambung2 bungkusan nasik..ngeeeeeee pu3 tgk ayam merah dah terkeluar dr bungkusan.. nasik lemak pun same..elok je ade dalam plastik tggu mase nak terkeluar..adoilaaa nasib badan..pu3 singgah petrol pump baru boleh kemaskan semua..ikat ketat2..huh~

lalu, berbuka puasa tadi, menu pu3 : nasi lemak ayam merah bunjut plastik + kuih sardin gulung + air masak.. ughh syahdunya...mak...abah..anakanda di perantauan rindu kalian~~ -_-

Sebelum berbuka tadi sempatla pu3 merayap kejap kat Philea Resort & Spa Ayer Keroh Melaka .. kedudukan betul2 sebelah Butterfly Farm tepi tol ayer keroh tuh.. selalu jugak en.api bawak lalu dekat situ since diorg tgh construction lagi....then proses construction diorg kejap jer..tup-tup tgk dah dirasmi 16Jun lepas..cepat betui..lagi cepat dr kilang Sunpower tempat pu3 kerja kat Alor Gajah tuh..setahun lebih kot tak siap2 lagi..

Actually saje singgah situ sebab nak check promotion Ramadan buffet diorang..mana la tau dapat gaji nanti boleh gatal2 nk buka puasa dekat situ..tapi tgk2 1 kepala dalam RM68++..mahal la pulak..-KENSEL-

Tapi Philea memangggggggggggggggggg sgt lawa + cantik + exclusive + va vavooommm.. Architecture dia sgt mengkagumkan..Gah..byk guna elemen2 alam spt kayu..so no wonder la dari buffet hingga ke room rate dia memang harga tak semenggah mahalnya..Villa paling murah pun dalam RM780++ sebilik..kene tunggu jadi tokey balak dulu la baru boleh berangan nak honeymoon kat situ..

Landscape dia pun memang cun..dari rumput sampi ke pokok2 semua cantik2..ikan pun bersepah2 banyak kat dalam kolam sekeliling banquet..tapi sayangnya tak boleh ambil gambar lebih2..receptionist tu cakap ade group VIP dari Hong Kong datang stay sana..so nak amik gambar pun terhad..sekeping dua je dapat memandangkan nak cepat untuk berbuka puasa~

*Tak pe2, nex time singgah lagi~!*

Klik gambar untuk tumbesaran



Ni map Philea kalau nak pergi melawat..nak maklumat lanjut boleh berlayar ke : www.phileahotel.com

p/s : berapala agaknya cost pembinaan resort ni..siapa pulak arkitek dia??pu3 nak kerja dengan arkitek yg mengkagumkan tu~!

Ahad, 15 Ogos 2010, maksudnya dah masuk Ramadan yg ke-5 pu3 di melaka.. first time berpuasa di melaka, suasana of coz berbeza.kalau dulu, kalau bukan dekat pahang, maybe dekat KL rumah mak teh,kalau tak pun dekat penang masa tgh study dekat USM.. and now pu3 pun tak sangka akan berpuasa di melaka..even tanpa family, warm feeling still ade since ade nenek sedara @ nenek embang yang selalu jemput pu3 berbuka sekali (segan sangat nak pegi tapi orang cakap kalau selalu menolak nanti orang2 tua terasa) & ada en.api yang rajin bawak pu3 redah bazar ramadan dekat melaka ni..sgt bersyukur~! :)

Act untuk menetap & mencari rezeki di melaka nih memang pu3 tak pernah plan time study dulu & even masa berada dalam fasa tanam anggur..2 negeri yg berlegar2 dalam minda-jiwa-raga pu3 utk dijadikan tempat bermastautin ; Pahang & Kolumpo@KL... Pahang sebab dekat dgn rumah mak & abah..senang duduk sekali boleh jimat sewa rumah & bleh makan sedap2 dari dapur mak :))... Kolumpo sebab pu3 quite familiar dekat sana..selalu melepak rumah mak teh or mak su time cuti sem dulu..pernah kerja & practical training..so pu3 terfikir maybe rezeki pu3 memang kat kolumpo kot..

Tapi maybe Allah dah tetapkan rezeki pu3 di melaka..so, now im here @ Melaka..tgh berlajar membina hidup..dah byk kali jatuh tergolek tersungkur tapi masih berjaya bangun kembali dan setia di sini..almost a year di melaka & pu3 rasa pu3 serasi di sini sebab :

-Jalan raya tak berapa bz even waktu peak hour ; time nak masuk keje or balik keje,, senangla bagi pu3 yg baru berjinak2 bawak kereta walaupun lesen dh bertahun2 tapi buat gantung kat dinding jer.. ;p senang citer jalan raya KL tu pu3 serender la.fine.

-pu3 sukeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee sgt asam pedas & mana2 masakan pedas.. dan sudah semestinya melaka terkenal ngn masakan pedas2 kan..so memang i love u la melaka..& tak lupa sambal goreng nenek yg memang tip top bombastik tu..aum~!

-living cost dekat melaka tak tinggi sgt..so bercadang nak cari kerja tetap dekat sini, kumpul duit kawin & beli rumah & bina kuarga bahgia kat sini..makbulkan la ya Allah~~~



p/s : sgt jatuh hati dgn asam pedas tetel claypot & cheese nan kat kota laksamana melaka.. pastu coconut shake kat klebang..then bila wiken selalu makan kat Restoren Malim MITC.. bab makan memang sayang habis kat melaka nih..no wonder boleh naik berkilo2 dalam mase beberapa bulan je *sigh*


coconut shake..yummy~!

Hye kawan-kawan! berjumpa lagi kita disini..anda sihat ke?macam mana puasa?bukak periuk tak pagi td??tu nampak ade nasi di tepian bibir tu..kan dah kantoi~lain kali basuh dulu..pastu sabun..gosok gigi...HOI~!!!..pebende yg pu3 mengarut tengah2hari ni! mesra alam tak kene tempat..bajet chef wan nak ceria2.

Okay2 mula balik..haih kekok betul la nak mula balik berblogging ni..*sigh*

*ambik nafas..clear throat*

Okay..1..2..3..

Sesungguh-sungguhnya ini entry pertama setelah setahun blog ditinggalkan sepi..(yeah~!!berikan tepukan gemuruh utk si pemalas update)..dalam jangka masa setahun macam2 berlaku, byk yg berubah, byk yg masih sama..macam2 memori, suka-duka, perit jerih membanting tulang (okay, ni drama je lebih), pengalaman diri, rentetan perjalanan memulakan hidup..hmmm sayangnye kan..kalau penyakit malas tak hinggap mesti dah bewarna-warni blog pu3 dgn kisah hidup anak rantau~apa nak buat, dah memang salah sendiri..siapa suruh tak bangun2 dari fasa malas update blog?kan?kan??

yang pastinya, sekarang semuanya bertambah baik..dari pahang, merantau ke melaka.. mencari rezeki sesuap nasik di negeri hang tuah nih..hampir setahun jugak la dekat melaka..1 perkataan yg boleh disimpulkan sepanjang menjadi anak rantau-->BERTUAH

Terima kasih Mak & Abah sebab izinkan pu3 bekerja di melaka & percaya pu3..sentiasa berada di sisi pu3..
Terima kasih Mak Teh Rohizan sebab menyediakan rumah sewa utk pu3 tinggal..serba lengkap & berpatutan..
Terima kasih Nenek Embang sekeluarga kerna selalu menjadi begitu baik dan tak lekang memberi pertolongan..berkilo2 berat naik sebab nenek masak sedap sgt..
Terima kasih En.Api kerna sentiasa memberi tunjuk ajar, memberi kekuatan kpd pu3 dlm menghadapi realiti kehidupan, mengajar erti berdikari namun tak lokek memberi pertolongan..

dan..

Terima kasih ya Allah atas setiap kurniaan rezeki..kasih sayang & kesenanangan hidup yg Kau berikan..walaupun hambaMu ini kerap alpa mengingatiMu namun kasih sayangMu tidak pernah berkurangan..sesunggunya Kau maha pengasih lagi penyayang..tunjukkan aku kejalanMu ya Allah..

Salam Ramadan Al-Mubarak..Salam penuh Keberkatan di bulan yang Mulia

c Ya~