seperti yg dijanjikan kepada diri sendiri semalam, hari ni pu3 nk coret-carik pasal Trip Ke Lenggong pulak..boleh juge bile dah tua2 nanti belek2 belog imbas memori zaman muda dan secara otomatik terimbas segala kenangan dahulu kala yang penuh duri ranjau onak berliku-liku..boleh gak test daya ingatan masa tua nanti kan?kan?

*dah start merepek dah tu*

fine.fine.straight to the point.

17 Disember 2010, Jumaat

trip ke Lenggong kali ini ekceli utk menghadiri kenduri kawin kawan baik en.api iaitu Puan Ainul. disebabkan perjalanan ke Lenggong agak jauh dari Melaka, so pu3 dan en.api transit ke Klang dulu. tumpang tido di rumah kakak en.api (yg kawin di previous entry).

18 Disember 2010, Sabtu

pagi2 esoknya dalam pukul 10 kitorang bertolak ke Taiping dahulu utk pick up Mama Asiah ke Lenggong sekali..around pukul 12 lebih sampailah kitorang di depan pagar rumah Mama Asiah di Taiping, punggah2 barang yang byk mcm nk lari dari rumah tu lalu bertolak terus ke Lenggong. perot time tu dah ber-kreuk2 tahan lapar. perut pu3 la yg lapar lebih.muatan besar nk buat mcm mane kan..

;p


en.api mencuba aksi bajet kiut

di kerusi belakang berkaler merah itu ialah hadiah kawin= car seat for baby
sawah di Lenggong yg hijauuuuuuuuu
lengang tak byk kereta pun ke Lenggong tu



hampir sejam kemudian, kami bertiga pun sampailah ke Lenggong. pengantin dah abis makan dah pun. kenduri di sana still buat hidangan dalam talam. dah lama pu3 tak makan kenduri cara hidang cenggini, selalunye zaman sekarang ni org dah guna cara bufet dah utk tetamu makan. tapi guna la cara mcm mana pun yg penting pu3 enjoy makan sampai buncit!

and..and..and.. pu3 jumpa kawan lama pu3 di kala bersekolah menengah rendah dahulu, Cik Solehah. dah tak jumpa sejak form 3 sebab masing-masing dah pindah ke sekolah lain, termasuk pu3. pu3 pindah ke sekolah di Ipoh manakala adik manis ni pindah ke sekolah yg sama dgn en.api iaitu di SMKA Kerian.
what a small world isn't it :)jejak kasihan

Selamat Pengantin baru Ainul Husna & Pasangan
moga cepat2 dapat baby dan boleh la guna car seat yg dihadiahkan tu.
jgn sampai bersawang pulak tau~!

^_~

pulang dari kenduri sempatla singgah di bandar Kuala Kangsar. dah alang2 berdekatan Lenggong, boleh la tinjau2 keadaan bandar diraja tersebut.ini second time pu3 pergi ke sana kot. first time dahulu mase tgh sekolah & berhingus lagi rasenye.


ade jet wooo

amek gambar dari kereta ajelah ye kengkawan
Masjid Ubudiah
Istana Kenangan


sekembalinye ke rumah Mama Asiah di Taiping, pu3 & en.api pensan kepenatan sampai ke malam.
(tak sempat nk tunjuk calon menantu pilihat kat Mama Asiah)

penat tetapi puas dpt berjalan-jalan~!


mahu lagi boleh?

:)





Leelou Blogs

0 berbalas bebel ::