semalam, Ahad, ialah antara hari yg memenatkan.

Tetapi,

E N J O Y !

Paksu & Maksu pu3 datang berkunjung ke Melaka bersempena cuti sekolah..Maksu bekerjaya sbg Chekgu & Paksu pula dpt tender berniaga di kantin sekolah. so kalau dh tibe cuti sekolah ni memang heaven la sebab diorang pun dpt bercuti sama.. syok eh cuti lama. jeles!

mereka dtg sefamily & turut serta kawan Maksu yg juga bekerjaya sbg Chekgu, Kak Zety, dan familynya.

first check point kitorang pergi Zoo Melaka.

Paksu @ Papa-H (haha)
En.api sbg baby sitter Cha. yg kiut tu Maksu
Boya darat
teruja dpt naik ketapi zoo

Then, after letih, basah2 ketiak dekat Zoo,kitorang lepak di tepi Taman Tasik Air Keroh. aktiviti mengisi perot yakni menketedarah bekalan yg di bawa Maksu & Kak Zety berlangsung di sini. di sini jugala tpt menjadi saksi Paksu terjelopok jatuh menyembah bumi kerna tersadung wayar.tragis. nasib baik tak berterabur bekalan yg di bawa. sian Paksu, injured terus.

blakang tu anak express pertama.


Si kenit Cha.org makan, beliaw syok2 main tamo makan.tgh2 panas pun jadik.bergambar punye pasal.

sedudah kenyang & buncit, tibalah masa utk bersuka-suki di Bandar Melaka. time ni muka semua dah berkilat.bdn dah bau hari Ahad dah.berpeluh mak, nyah!


anak dah meragam.

ibu-ibu kelek anak masing2naek beca dgn anak express kedua.

sepanjang hidup, ini second time pu3 naik beca. first time dulu masa tahun lepas. itupun time Maksu & Paksu dtg bercuti ke Melaka jugak. tak pernah lagi la dating2 dngn En.api naik beca berdua sepanjang setahun duduk Melaka. sebabnye tak sanggup nak masuk bandar Melaka di kala hujung minggu. jem. pelancong luar & dalam negara pun ramai.tiap2 hujung minggu mcm tu.

Aha! kalau dah sampai ke Bandar Melaka, silelah sile try cendol yg dijual tepi sungai, depan bangunan Merah kat tgh2 bandar Melaka tuh. dekat dpn Menara Jam.
sedap & murah.

Sesi malam diteruskan dgn aktiviti mengisi perot di Asam Pedas Claypot, Kota Laksamana. di sini diet-tak-makan-nasi Paksu & Maksu kecundang jua.mana tak kecundang, byk kaki-kaki peracun pemikiran yg menghasut suruh makan!


Maksu & asam pedas ikan pari-nya.

3 hero Kak Zety
muka semangat dapat nasi,fokus kpd si baju2 merah yg berbulan2 tak mkn nasi itu.


After makan,masa utk naik bot pulak.Time ni pu3 dh flat,letih abis dah. 45min perjalanan bot dan angin yg sepoi2 bahasa mengakibatkan 3/5 drpd budak2 kenit terlentok kepenatan. kesian, letih sepanjang hari asik berlari2, main, jatuh, nanges semua.


gegar.credit to camera bukan DSLR

gambar 15min sebelum budak kenit baju merah kat blakang tu terlentok di ribaan.


pu3 sampai rumah hampir ke pukul 12tgh malam. letihh sgt yet puas. ptg ni mahu ke Port Dickson pulak. Maksu & Paksu ajak menemani mereka bercuti di sana plak. esok kan cuti 1 Muharam. (ekceli diracun habis-habisan dgn kata-kata manis pujangga utk ke sana..en.api pula disogok dgn aktiviti memancing ikan & ketam.bijak mereka ini.)


to0dles-o0

^_~

Leelou Blogs

0 berbalas bebel ::