dua tiga hari ini tetiap malam busy membuat ini :
menulih kad kawen!
letih jugak menulih kad kawen ni.. lenguh-lenguh tangan dan pinggang.
ini haaa banyak lagi menunggu turn utk ditulih..
sekotak lagiiiiiiiii..... T__T
tapi bagus jugak bila menulih sendiri alamat kawan-kawan ni.. secara tak langsung boleh tahu mana kawan-kawan lama tinggal sekarang..
'oooo sekarang si kiah dah duduk sini dah..'
'eh..laaa...senegeri rupanya dengan si meon.. boleh la jumpa'
'looo tetiap minggu turun Klang..rupa-rupanya ramai member belajar dulu duduk sana'
almaklumla lepas je zaman belajar ramai yg dah merantau-rantau.. macam pu3 pun, asal Pahang, tapi belajar dekat Ipoh & Penang pastu mai cari rezeki ke Melaka.. lepas ni entah kat mana pulak menetap menyusuri hari-hari dewasa..
kot-kot dekat ostrolia mana tau...
ikut plan, by this week kene ngantor kad-kad kawen ini ke pejabat pos. iyela pejam tak pejam lagi 3minggu nak tamatkan zaman gegadis..aihhh bedebar..eksaited ade jugak..tipula kalau cakap tak eksaited..tapi dalam pada tak sabar-sabar tu, perasaan takut and bedebar tu wajibbbb ada! mau tak takut.. takutt nihhh!
bolehke nak jadi isteri solehah ni?
pandaika nak urus rumah tangga?
terrerke nak jaga suami ni?
bolehke?
mampuke???
mudah-mudahan keputusan pu3 & en.api utk berkahwin awal (24 & 25 tahun still konsider awal kott ) ini adalah tepat.. bukan takde org yang question perihal kitorang yang kawen agak awal.. iyerla masing-masing baru bekerja tak sampai 2 tahun..aderr yang tanya.. siap ade yang cakap kitorang kawen mengejut..
tapi pada pu3 dan en.api, kitorang memang pasti berkawen awal itu adalah yg terbaik untuk kitorang..family-family pun semua support supaya kitorang menamatkan zaman teruna dara ini awal-awal..ini bukan bercakap berpusatkan napsu tau tapi banyak perkara lain lagi yang kitorang dah timbangtara.
antaranya :
sebagai langkah mengawal melakukan dosa
tipula kalau pu3 cakap bila keluar berdating tak pegang tangan, bertepuk tampar bagai..memang lagu Ana Raffali tu kena betui.. syaitan mesti jadi makhluk ketiga walau sekuat mana kita sebagai manusia ini nak menepis.jadi, dengan berkahwin, dosa berdating tu dapat dipupuskan.
sebagai jalam pembuka rezeki
insyaAllah org yg mendirikan masjid ini ada rezeki-rezeki nya. bila maksiat & dosa berdating dah tiada, insyaAllah lagi murah rezeki kita. lagi pun pu3 & en.api planning utk membuka bisnes bersama. jadi bila dah kawen, tinggal serumah, senang nak bincang itu ini. berdiskusi hingga larut malam dan ke-subuh hari pastu sambung siang balik.kendian ke petang pulop..bla..bla..bla..
pemangkin membuat ibadat
point yang ini pu3 dapat ketika menghadiri kursus kawen dahulu. diucapkan oleh seorang ustaz. ustaz itu bercerita mengenai perihal kisah beliaw sendiri yang mana selepas sahaja berkawen, beliaw tiba-tiba datang satu semangat untuk beribadat. senang cakap, bila bujang-bujang asyik buat yang wajib ajela macam solat 5 waktu dan puasa Ramadan. tetapi pabila dah berkawen, beliaw jadi semngat utk meningkatkan amalan sunat, contohnya solat dan puasa sunat. bukan ape, sebab ade TEMAN beribadat. teman yang paling rapat dengan kita yakni pasangan kita. so, moga-moga itulah yg berlaku pada diri pu3 & en.api nanti.. mudah-mudahan :)
itulah antara perkara yang kitorang konsiderkan. even simpanan masihla tidak setinggi mana tapi alhamdulillah perjalanan pu3 & en.api utk berkawen ini dimudahkan..ramai yang datang membantu itu ini. walaupun sesekali kitorang berkira-kira seperti duit tu tak cukup sangat utk membuat majlis, tetapi tanpa diduga ada saje rezeki yang datang selepas itu. pendek kata, mungkin kerna kita planning utk membuat sesuatu kebaikan, yakni mendirikan masjid, jadi mungkin sebab itu Allah murahkan rezeki dan permudahkan jalan. Wallahu Alam.
so, kawang-kawang, sile tunggu ketibaan kad kawen pu3 iyer.. insyaAllah seminggu sebelum kenduri sampaila :)
p/s : perkahwinan yang paling berkat, adalah yang paling murah belanjanya :)
5 berbalas bebel ::
moh2 kite kawen awal...eh eh you bukan sudah di-cop ke..mane boleh iklan2 lagi.. ;p
yeke yang?tak percaya la selagi you tak citer face to face..bila nk mai melaka yang?
ape yg jadik ni? sampai becerai berai.. bila nk pillow talk?
boleh...tapi limit samapi pukul 8mlm je...lepas tu i bizi..hikhik
ehehehhe...ok..ok..tapi bukan malam jumaat k..hahaha
Post a Comment