dup dap dup dap
tinggal 2x sabtu lagi sebelum majlis berlangsung.
siyes sangat berdebar
tetiap malam mimpi basah yehhhhhhh bukan! mimpi berkenaan kenduri!

berjalan lancar ke kenduri nanti

cuaca elok ke hujan ke

berseri ke atas pelamin

mcm mana nak bergaya2 depan photographer nanti. eh malu la

en.api akad nikah baper kali nanti

nanti lepas tok kadi sebut 'sah', nak kene nangis ke menyeringai suka?

malam pengantin nak basuh periuk,kemas rumah. sampai pukul 4pagi baru nak tido cadangnye. boleh?boleh?

eh pendek kata selagi tak lepas bab kenduri ni asik memikior je khojernye.
disebabkan asik memikir, otak letih lalu hinggap ke urat sendi, otot serta organ. namun organ yang paling menderita ialah perut.

kenapa perut?
sebab kena tahan lapar

sebab ape lapar?
sebab kena diet!

haaa itula! baru hingat diri nak berdiet bagai kan. tinggal 2-3minggu baru nak sedar.
entah sempat ke kurus macam Kim Kardashian tu.
pu3 bajet tak sempat.
tapi takpela. pu3 terima seaadanya. (pemalas!)


okeh-okeh. bosan la sembang pasal diet tak jadi tu.
kita sembang pasal makanan nak?
(ironi betul)

weekend baru ni pu3 balik ke Taiping. ke kampung halaman en.api. banyak lagi hal perkahwinan yang masih belum setel. jadi banyak rujukan pakar yang perlu dibuat. memandangkan minggu lepas dah balik ke Pahang, minggu ini balik ke Perak pulak. uruskan apa yang patut.

bila dah berjalan ke tempat orang, mestilah ada sesi try-mentry menu masakan tempatan kan? jadi, disebabkan pu3 mengidam nak makan kari ikan sembilang yang masuk TV3 haritu nun, pu3 pun mengajak la en.api & bakal mak mertua ke Kuala Kurau mencari kedai makan yang masuk tv terbabit.
JUMPA!
dan hasilnya memang tidak mengecewakan.

jadi kepada sesape yang ke Utara, pu3 nak suggest kat kawang-kawang semua, cuba la singgah ke Kuala Kurau Perak, boleh la try Kari Ikan Sembilang Claypot di bawah ini. lokasi kedai betui-betui depan balai bomba, di tengah-tengah pekan Kuala Kurau.


kedai kecik je.tak mewah-mewah mana, tapi kari memang nalek!


memang terbaikkkkk!
tapi sebelum itu, kene make sure anda pandai makan kari dan ikan sembilang.
kalau tak, tak perlu lah ke sini yer.

range harge :
Bahagian badan/ ekor = seketul RM3.00
Bahagian kepala : seketul RM5.00

dan pu3 rasa, pu3 ada terkam dalam 4ketul ikan sembilang terbabit.
total makan untuk 3orang + tapau untuk malam tersebut, kitorang membelanjakan dalam RM63. kira ok lah sebab memang sedap!


mak en.api yang juga peminat kari ikan sembilang

muka eksaited en.api. muka pu3?? baik jgn. lagi 18SG.




till then :)




Leelou Blogs

4 berbalas bebel ::

yee said...

tahniah tahniah :D

Hasrina said...

ehemmm mimpi basah?

mediyla said...

yee : macehhh..macehhh.. :)

asz : hahahha..manada...tak pernah mimpi wet2 ni..mimpi mandi laut ada..XD

balqissy said...

diyla: x sabornye kenduri kamu. harap kami dpt pi sane nnt. =)