Gambar terpilih bulan ini jatuh kepada gambar di atas..sebab pemilihan gambar terbabit adalah kerna ciri2 gambar tersebut boleh dicalonkan utk Haji Hamzah Book of Records kategori situasi gambar paling amat jarang/tak pernah di snap sepanjang 80tahun bertapaknya kaum kerabat Haji Hamzah di bumi ini. (haji hamzah datuk pu3 sebelah mak, umur beliaw sudah menjangkau 80tahun)

gambar ni diambil masa raya haritu..dah alang2 berkumpul ramai2 nak la jugak buat aktiviti selain makan rendang, ketupat, lemang, nasi dagang, sate, kuih raya sume kan..so, pilihla perlawanan futsal dengan harapan selepas bermain pinggang kembali ramping,selulit semakin berkurangan & babat tidak kelihatan.. nk join team senang je..stamina yg kuat tidak diperlukan,body ala2 ahli sport juga tidak diperlukan, tidak kira usia, tidak kira jantina, yg penting kaum kerabat haji hamzah..

yg pu3 tempel kat sini ni team ladies hot momma haji hamzah..kalah ke menang time main tolak jauh2 hujung simpang..sensitip soklan itu..

game memang sgt happening..walau mcm katun pabila melihat makcik pakcik yg beranak 3-4 turun padang, anak dara yg first time main futsal tendang bola, budak2 halus umor 4-5 tahun berebut bola, tapi kitorang tetap enjoiceeeeeeeeeeeeeee~! (belum kira situasi keeper kene culik gara2 terlalu terer tgkap bola & kes berebut pemain yg handal)

p/s : after game pegi nge-teh(kononnye) tapi semua terbabas makan nasik bagai nk rak..niat merampingkan diri semua ke laut.hoh elok sgt la tuh~!

*nge-teh = minum2

antara gambar yg berjaya di snap

Team gentlemen daddy cool Haji Hamzah

situasi genting (kononnye)

pas game buat susu anak pulak

saat bola hampir dirembat ke gawang gol


\(^_^)v

0 berbalas bebel ::