"Symmetrical face more attractive than non-symmetrical face"

iyeke?

pu3 try google dan bykla research yg cakap bahawa lagi simetri muka seseorang itu lagi menarik beliaw kelihatan. tapi benda ni subjektif kan. sebab tu ada quote 'beauty is in the eye of the beholder'.

tapi tak dinafikan ade sesetengah org merasakan muka bahagian kiri or kanan diorang lagi cun. pu3 sendiri pun pernah terpikir pasal tu. disebabkan pu3 ni bertudung, kekadang terperasan yg lipatan tudung di sebelah kiri ni tak sama or tak simetri dengan belah kanan. jenuhla duk tiup-tiup, tarik-tarik, tepuk-tepuk bagi simetri betui-betui tapi susah nak menjadi. iyelah dah memang dari azali bentuk muka pu3 tak simetri, dah tentula tudung tu akan ikut bentuk muka kita, ye dop?

bila tudung senget mula rasa kurang cun gitewww. di sini dah nampak macam simetri itu mungkin lagi cantik dan menarik tapi benarkah kalau muka kite benar-benar simetri kite akan berpuas hati?? meh kite try test ujian kecil~


Model : pu3 sendiri. jimat cost
.
Ini gambar ogenal muka pu3.
abaikan muka syok sendiri terbabit. anggap ini adalah case study k. hewhewhew~

Bawah ini muka sebelah kiri pu3 sahaja yg di-mirrorkan.
heh nampak cam juling lak ek. tahi lalat nandek dekat tengah mata masih ada tapi dekat dagu punya dah hilang! abaikan parut jerawat di atas bibir yg berganda dua itu!

Di bawah ini pulak muka sebelah kanan yg selamat dimirrorkan.
humang aih chubby melampau! kali ini tahi lalat dibawah dagu muncul kembali.




so, yg mana lebih menarik?

APA??
tiga-tiga tak menarik??

FINE~~~!

;p



tapi ada je yg cun untuk ketiga-tiga kes.
mcm di bawah ni.


How bout them?

Britney Spears

Megan Fox

Adriana Lima

Leonardo De Caprio

David Beckham


What say you?



"Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa dan postur tubuh kalian. Akan tetapi, Allah melihat pada hati kalian." (HR. Muslim).


Tiada yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh solehah, tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambaNya yang soleh solehah.


Leelou Blogs

0 berbalas bebel ::