sudah masuk 21 Ogos 2011 dan juga sudah hari ke-21 Ramadan. jadi semalam ialah 20 Ramadan dan berdasarkan huraian di SINI, semalam ialah tarikh hari lahir pu3 jika dikira dalam bulan Islam.

pu3 memang lupa sangat-sangat. hanya bebel di blog dan tidak bagitahu sesiapa pun mengenai fakta terbabit jadi mestilah possibility nak dapat hadiah ialah zero.

namun tiba-tiba dapat ini....




hadiah daripada en.suami.
nampaknya beliaw ada curi-curi baca blog pu3 yek.
ehe~

key-chain yang cute ini mengingatkan pu3 pada hadiah pertama kitorang sebelum 1st meet dahulu. masing-masing menghadiahkan key-chain tertera gelaran masing-masing.

dan ketika first meet selepas 6 bulan berkasih, juga saling menghadiahi key-chain.

key-chain dah jadi sinonim dengan kitorang memandangkan ia cute, murah dan senang di bawa kemana-mana. evendo murah tetapi priceless bagi pu3.

when it come from the person we love, anything will be priceless :)

p/s : I LOVE YOU



updates : @5:51 am 21 Ramadan


kad tiba-tiba drpd en.suami selepas sahur.
patutla berkurung dalam bilik. tulis kad rupenyer.

tapi bila beliaw beli??

muskil.

btw, macehhhhhhhhh
^_~



p/s : women particularly like to be surprised, isn't it :)

Leelou Blogs


dah 3 bulan 'merasai' bidang kerja baru

daripada bidang kerja architecture kepada process engineering dan now merasa la buat civil & industrial engineering. dalam masa 2 tahun main 'aci tukar-tukar' ini memangla tak cukup strong lagi experience pu3 dalam ketiga-tiga bidang kerja terbabit. banyakkkkk lagi yang tidak tahu. tetapi, masa dan situasi ketika itu mengakibatkan ia terjadi. pu3 anggap ia peluang men-develop-kan pengetahuan diri. en. suami dan family selalu pesan, kalau pihak employer yakin nak ambil kite bekerja kenapa kite yg set-kan barrier dalam hidup kita untuk jadi lebih baik, ye dop?
so, take it positive even ada yang kata pu3 mcm rojak. buat macam-macam kerja ;p

namun tidak dinafikan kekadang rasa agak kelam-kabut juga dalam men-setelkan tugasan yg en.superior bagi memandangkan bidang belajar di universiti dahulu byk sentuh part architecture sahaja. jadi bila dah terjebak ke engineering field ni kekadang memang terasa agak stress. almaklumla pu3 ni ada kala jadi lampi (lambat pikap) sikett
.ehe.

kekadang terpikir ke mana arah tujuan pu3 lepas ni.sama ada nak stay dalam bidang yg pu3 celup kaki sekarang atau balik kepada bidang architecture ataupun tukar kepada bidang kerja baru. mana tau jadi chef ke, polis traffik ke tak pun suri rumah sepenuh masa. tapi tak dinafikan bidang civil & industrial engineering ni memang ade kaitan dengan architecture so at least basic-basic ilmu pengetahuan tu pu3 dah ade cuma itula, kena bekerja keras lebih lagi.

apa-ape pun depends pada diri sendiri. komited & disiplin itu penting. pu3 kene strong-kan lagi dua sifat terbabit. sekarang asik goyah-goyah je. rezeki Allah dah bagi, peluang banyak di depan mata, supporter di kiri-kanan jadi pehlis-lah pu3, gunakan sebaik mungkin. jangan cepat jatuh kalau terasa bebannnn dan tensi sangat.

namun, di kala tensi bekerja dan belajar benda baru, pabila............

tak dinafikan kata-kata pujian dan appreciation dari pihak employer sgt memotivasikan diri untuk bekerja dengan lebih gigih :)


berusaha!!



Leelou Blogs



Angry Birds??!

ada apa dengan Angry Birds?













.








..












...







Chirppp!
Ca-caw!

yeyeayyy

..

Buah tangan dari En. Tony JK merangkap opismate dan jiran meja sebelah yg pabila tension dengan barang Chemical & Gas beliaw, lagu Don't Cry fr Guns n Roses akan diputarkan byk kali..pu3 sampai dah naik hapal lirik terbabit! tunggu mase nak 'cry' je.ehe.

satu untuk en.suami tercinta dan satu untuk pu3. all the way dari Philippines. mekaseh daun keladi ye. nanti pergi lagi, pu3 nak order free bantal Angry Birds setiap jenis ekor untuk diletak dalam CCM.
Boleh?

kenapa Angry Birds?

sebabnye kalau pu3 tensi-tensi di opis, memang Angry Birds la pu3 main. yg guna Google Chrome tu je. yg Android version punya, pu3 sematphone pun takde. so maybe sebab dah selalu bukak Angry Birds (selalu tu idokle sampai makan gaji buta, pegi keje main game je.ehe) so beliaw bermurah hati nak belikan. dalam murah-murah hati pun, balik outstation, die bwk balik sebeban 'buah tangan kerja' jugak utk pu3. terus jadi busy!



p/s : nasib baik takde gambar porky kaler2 hijau tu kan?kalo ade tengah terpikir samada nak pakai ke tak.



porky hijau dan family on the floor

;p



Leelou Blogs

"Symmetrical face more attractive than non-symmetrical face"

iyeke?

pu3 try google dan bykla research yg cakap bahawa lagi simetri muka seseorang itu lagi menarik beliaw kelihatan. tapi benda ni subjektif kan. sebab tu ada quote 'beauty is in the eye of the beholder'.

tapi tak dinafikan ade sesetengah org merasakan muka bahagian kiri or kanan diorang lagi cun. pu3 sendiri pun pernah terpikir pasal tu. disebabkan pu3 ni bertudung, kekadang terperasan yg lipatan tudung di sebelah kiri ni tak sama or tak simetri dengan belah kanan. jenuhla duk tiup-tiup, tarik-tarik, tepuk-tepuk bagi simetri betui-betui tapi susah nak menjadi. iyelah dah memang dari azali bentuk muka pu3 tak simetri, dah tentula tudung tu akan ikut bentuk muka kita, ye dop?

bila tudung senget mula rasa kurang cun gitewww. di sini dah nampak macam simetri itu mungkin lagi cantik dan menarik tapi benarkah kalau muka kite benar-benar simetri kite akan berpuas hati?? meh kite try test ujian kecil~


Model : pu3 sendiri. jimat cost
.
Ini gambar ogenal muka pu3.
abaikan muka syok sendiri terbabit. anggap ini adalah case study k. hewhewhew~

Bawah ini muka sebelah kiri pu3 sahaja yg di-mirrorkan.
heh nampak cam juling lak ek. tahi lalat nandek dekat tengah mata masih ada tapi dekat dagu punya dah hilang! abaikan parut jerawat di atas bibir yg berganda dua itu!

Di bawah ini pulak muka sebelah kanan yg selamat dimirrorkan.
humang aih chubby melampau! kali ini tahi lalat dibawah dagu muncul kembali.




so, yg mana lebih menarik?

APA??
tiga-tiga tak menarik??

FINE~~~!

;p



tapi ada je yg cun untuk ketiga-tiga kes.
mcm di bawah ni.


How bout them?

Britney Spears

Megan Fox

Adriana Lima

Leonardo De Caprio

David Beckham


What say you?



"Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa dan postur tubuh kalian. Akan tetapi, Allah melihat pada hati kalian." (HR. Muslim).


Tiada yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh solehah, tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambaNya yang soleh solehah.


Leelou Blogs


As Salam :)

salam 5 Ramadhan kawang-kawang. memandangkan hari ini hari Jumaat, mood bercuti weekend sudah tiba. tak sabar nak tunggu pukul 5pm utk tutup PC, sangkut
hand beg dan meluru ke CCM utk pulang. 5 jam lagi.

oh ye, sahur pagi ini terlepas. kemain liat benaw nk bangun mungkin disebabkan kepala yg terasa berat akibat selesema yg masuk hari ke-3 ni. dan memandangkan hari ini dah 5 Ramadhan, proud to say that 15 hari lagi akan sampai befday pu3! yg dikira dalam kalender Islam.

see..see..

numbering bulan utk kalender hijrah boleh rujuk di bawah.
so, 9 = Ramadhan :)


baru pu3 tahu pu3 dilahirkan pada 20 Ramadan 1407 Hijrah yakni 10 hari lagi nak raya.mesti time tu byk dapat duit raya ye dak.. dan mesti mak pu3 kene ganti puasa 10 hari kan.. ;p

dan bile pu3 check-kan tarikh lahir en.suami, beliaw dilahirkan pada bulan Safar, tahun hijrah yg sama dengan pu3, so officially kitorang sebaya la kan kalau mengikut kalender Islam :)



so, agak2 berjaya tak kalau mintak hadiah hari jadi pada 20hb @ 20 Ramadhan yg bakal tiba nanti ni ek?

;p






Leelou Blogs


As-salam :)

hari ini hari Khamis yakni masuk hari ke-4 berpuasa Ramadan. cepatnye kan. tak sampai sebulan lagi nak raya tapi terus terang ckp baju raya pu3 dan en.suami tak terbeli lagi. mak pu3 awal2 lagi dah prepare utk abah dan adik-adik pu3. mak mertua pun dah dpt 2 helai baju raya tapi kitorang ni masih tak ketemu yg berkenan. sebelum-sebelum ini di kala bujang, selalunye pu3 suruh mak beli kain ela aje utk buat baju. corak kain pu3 tak kisah. elok di mata mak, elok la di mata pu3. tapi raya kali ni mak pu3 plan tak nak menjahit baju raya, mak suruh beli yg dah siap aje. itu yg sampai sekarang pu3 postpone tak beli-beli lagi sebab memang jaranggggggggg sgt pu3 beli baju siap..tibe-tibe tak pandai!

cadangnye raya kali ini nak tema kuning. en.suami pun setuju tetapi dengan syarat kaler kuning lite-lite aje, idok le terang mcm kaler Bersih tu. hee :)

so,kawang-kawang yg belom cari baju raye tu, moh le kite bersoping dengan berhemah. gaji dah on, sale dah start, kad bank suami itu kad bank kita, ape lagi bolehla SERANGGGGGG!!





kuning dah lite-lite tapi glemer sgt ni.kang tertukar sape Tokti, sape pu3 ;p



p/s : raya kali ini beraya di Taiping dahulu. tengah wonder-wonder apekah emosi pu3 di pagi raya tu nanti.
adekah sedih sebab 1st time beraya mak abah semua jauh?
eksaited beraya bersama suami dan family baru?
berdebar nak jumpa sedara-mara baru?
kite tunggu dan lihat!

Leelou Blogs