hari Selasa selepas kejadian stunt bersama CCM, pu3 ambil cuti utk ke klinik.
tapi bukan sebab cedera ke ape ye kawang-kawang, pu3 ke klinik bersama en.api utk menjalani ujian HIV. utk pasangan bakal pengantin memang diwajibkan menjalani ujian HIV dalam tempoh 3 bulan sebelum majlis berlangsung. dulu2 tak ada lagi, tapi start 2-3 tahun kebelakang, ujian ini sudah diwajibkan. so, kalau yg takut jarum tu, siap sediala ye..nak kawen takk??
.

awal-awal pagi lagi kitorang dah terpacak depan Klinik Kerajaan kawasan Peringgit. muka ketika itu dah abis gatai la memasing. yela nk kawen punya pasal. tapi bila sampai-sampai je ke kaunter, akak nurse tu bagitau yg ujian hanya boleh di ambik start pukul 2 petang. pulak. itula takmau google awal-awal. teruja sangat la tu
.
inila rupa borang untuk ujian HIV. borang boleh diambil di Pejabat Agama Islam Negeri. percuma je.



Ini pulak muka pengisi borang.
sebab datang awal sgt, so sempatla isi borang dalam kereta dahulu sementara tunggu pukul 2 petang.



Ha yg ini juga muka pengisi borang.
bajet serius habis tu!



oleh kerna banyak masa yg terluang, en.api membuat keputusan utk mengambil tandatangan imam masjid tempat beliaw bermaustatin dahulu. dalam borang nikah nanti, tandatangan Imam diperlukan. selain itu, utk anak rantau mcm en.api (anak Perak tetapi duduk di Melaka), tandatangan Tok Sidang kampung juga diperlukan utk mengesahkan permastautinan en.api di negeri Melaka ini.
~
~~~
~~~~~
dalam lingkungan pukul 2 petang, proses pengambilan tandatangan pun berjaya dengan suksesnye. lalu kitorang pergi kembali ke klinik utk menjalani ujian HIV.
.
inilah hasilnya:
.


atas tu jari pu3. ada 2 kesan cucukan di jari tengah dah jari manis.
jari tengah : untuk ujian HIV
jari manis : ujian diabetes/ kencing manis
.
tambahan
.
pemeriksaan tekanan darah
.
encik api hanya tersengih sebab beliau hanya dikehendaki menjalani ujian HIV sahaje. tiada ujian diabetes. tiada check tekanan darah.
.
tak aci!
.
tapi yelakan, nanti pu3 la yg kene carry baby ketika pregnant. bukan en.api..sebab itu para wanita dikehendaki menjalani dua lagi ujian/pemeriksaan tersebut. utk memastikan bakal-bakal ibu ini bersedia dari segi kesihatan dan mental utk carry anugerah Allah itu :)
.
*okeh, meremang tiba-tiba bila sebut 'baby'..'bakal ibu'..segannnn -_-*
.
.
tapiiiiii kannnnnnn, sakitt tau kene cucukkkkk!
nyengat-nyengat lagi ni
-_-







Leelou Blogs

0 berbalas bebel ::