Eh eh eh..
ada dekat 2minggu tak update cik blog.kan?
almaklumla busy ngalahkan Menteri Hal Ehwal Wanita (konon)
.
tapi minggu lepas pu3 memang agak busy dan serabut sedikit.
busy menguruskan kisah majlis kawin pu3 dan en.api.
busy pasal bilik pengantin, pelamin, pasu, bunga, karpet, goodie beg, spa, facial muka.
busy pasal kad kawen yg tak tempah lagi padahal majlis hampir tiba. ohh juga banner dan bunting.
lepas tu sambung busy nk pergi Pejabat Agama, borang2 bagai, HIV test, pregnant test, check blood pressure.
eh bila mase pulak pregnant! haih mendatangkan syak wasangka betui! test diabetes ada la..utk persediaan sebelum pregnant yakni SELEPAS kawen!
semua dah jadi kelam kabut, jadual dah lari, plan dah pending. jadual dah delay..gara-gara pu3 tersadai dekat Philippines sampai 3minggu. so byk perancangan yg terpaksa dirombak & di-plan balik.
so, boss, maaf yer, pu3 tidak dpt kembali ke Philippines balik sebab majlis hanya di hujung tanduk. jangan ajak pu3 datang skarang tau~ pu3 tolong buat kerja dari kejauhan ini pun takpe. pu3 kan baik..mane pandai ngular..mane pandai facebook time keje.mane pandai blogging time keje..mane pandai download lagu time keje. belum masuk kes gosip dekat YM & Skype. tak pandai semua tu..pastu kes gayut2 dengan mak, sedara mara..kes gayut dengan opismate..memang tak pandai betui..betuiiiiiiiiiiii ni....pu3 tak tipuuuuuuuuu..
*mate kelip2*
.
lanjutan dari kisah serabut pu3, lalu terjadila satu insiden di pagi hari yg indah di hari Isnin lepas. di pagi yg sejut dan damai, bertempatan di dataran parking depan opis pu3, pu3 dan CCM (kereta comel pu3) telah melakukan aksi stunt! hoh jgn tak tau, darah Lanun Bugis ade mengalir dalam tubuh pu3 ni, itu yang aksi stunt & ganaz2 ni pu3 akan hadapi jugak dalam lipatan hidup pu3.
.
nak tau pu3 buat ape bersama CCM?
ekceli takdela kitorang drift sampai 180km/j sebelum brek mengejut sampai kereta berpusing membentuk bulatan mcm scene cerita2 drift tu. tak reti aih pu3 nak buat mcm tu. kitorang just naik atas DUA divider parking sebelum hampir menyondol tiang lampu jalan SAHAJA.
*rujuk ilustrasi di bawah*
macam mana boleh jadi macam ni?
yg pu3 ingat, dari titik A, pu3 pusing stereng ke kanan jalan untuk masuk ke kawasan parking.
pu3 memilih ruang yang paling hujung, jadi pabila sampai ke titik B, pu3 perlu gostan ke belakang untuk perbetul angle CCM yg tengah senget tu.
tapi entah mcm mana dalam sibuk2 nak tukar gear reverse, pu3 pergi pijak pedal minyak. kuat pulak tu.
pu3 rasa pu3 nak tekan pedal brek, tapi termamai pulak. ape lagi, udahla tekanan kaki pu3 kuat, meluncur laju la CCM naik atas parking divider pertama.
lepas tu naik pulak atas parking divider kedua. itu memang menunjukkan tekanan pedal minyak pu3 tadi kuat betui.
pu3 mcm tak boleh kawal dah kaki pu3.kaki pu3 dah kene rasuk kot. so bila hampir ke tiang lampu, pu3 tarik brek tangan! fuhhh sikit lagi nak hentam tiang lampu!
kemudian tukar gear reverse and turun balik dari divider dengan terketar-ketar.
nak kate pu3 terlebih berangan takdela sangat.
nak kate tengah serabut otak takde jugak.
malah tengah happy sambil nyanyi2 dalam kereta aje.
tapi itu la kan, org cakap jgn happy2 sangat sebab nanti ade la jadi ape-ape yg tak diingini.
ohh saksi kejadian di kereta kaler hitam di hujung parking itu memandang pu3 dengan muka tekejut. tapi tak p tolonggg ponnnn tauuuuu!!
moral of the story : lepas kahwin kene suruh laki hantar pergi kerja.
ehh pulak?
ehehehe~
p/s : nenek cakap darah tengah manis. nak kawen la katekan. so kene berhati-hati lebih :) ohh CCM, sorry yer sebab mencederakan body you yg sekshi tu..pu3 tak sengaje~~~