dua tiga hari ini tetiap malam busy membuat ini :

menulih kad kawen!


letih jugak menulih kad kawen ni.. lenguh-lenguh tangan dan pinggang.

ini haaa banyak lagi menunggu turn utk ditulih..



sekotak lagiiiiiiiii..... T__T


tapi bagus jugak bila menulih sendiri alamat kawan-kawan ni.. secara tak langsung boleh tahu mana kawan-kawan lama tinggal sekarang..

'oooo sekarang si kiah dah duduk sini dah..'

'eh..laaa...senegeri rupanya dengan si meon.. boleh la jumpa'

'looo tetiap minggu turun Klang..rupa-rupanya ramai member belajar dulu duduk sana'

almaklumla lepas je zaman belajar ramai yg dah merantau-rantau.. macam pu3 pun, asal Pahang, tapi belajar dekat Ipoh & Penang pastu mai cari rezeki ke Melaka.. lepas ni entah kat mana pulak menetap menyusuri hari-hari dewasa..
kot-kot dekat ostrolia mana tau...

ikut plan, by this week kene ngantor kad-kad kawen ini ke pejabat pos. iyela pejam tak pejam lagi 3minggu nak tamatkan zaman gegadis..aihhh bedebar..eksaited ade jugak..tipula kalau cakap tak eksaited..tapi dalam pada tak sabar-sabar tu, perasaan takut and bedebar tu wajibbbb ada! mau tak takut.. takutt nihhh!

bolehke nak jadi isteri solehah ni?

pandaika nak urus rumah tangga?

terrerke nak jaga suami ni?

bolehke?

mampuke???

mudah-mudahan keputusan pu3 & en.api utk berkahwin awal (24 & 25 tahun still konsider awal kott ) ini adalah tepat.. bukan takde org yang question perihal kitorang yang kawen agak awal.. iyerla masing-masing baru bekerja tak sampai 2 tahun..aderr yang tanya.. siap ade yang cakap kitorang kawen mengejut..

tapi pada pu3 dan en.api, kitorang memang pasti berkawen awal itu adalah yg terbaik untuk kitorang..family-family pun semua support supaya kitorang menamatkan zaman teruna dara ini awal-awal..ini bukan bercakap berpusatkan napsu tau tapi banyak perkara lain lagi yang kitorang dah timbangtara.
antaranya :

sebagai langkah mengawal melakukan dosa
tipula kalau pu3 cakap bila keluar berdating tak pegang tangan, bertepuk tampar bagai..memang lagu Ana Raffali tu kena betui.. syaitan mesti jadi makhluk ketiga walau sekuat mana kita sebagai manusia ini nak menepis.jadi, dengan berkahwin, dosa berdating tu dapat dipupuskan.

sebagai jalam pembuka rezeki
insyaAllah org yg mendirikan masjid ini ada rezeki-rezeki nya. bila maksiat & dosa berdating dah tiada, insyaAllah lagi murah rezeki kita. lagi pun pu3 & en.api planning utk membuka bisnes bersama. jadi bila dah kawen, tinggal serumah, senang nak bincang itu ini. berdiskusi hingga larut malam dan ke-subuh hari pastu sambung siang balik.kendian ke petang pulop..bla..bla..bla..

pemangkin membuat ibadat
point yang ini pu3 dapat ketika menghadiri kursus kawen dahulu. diucapkan oleh seorang ustaz. ustaz itu bercerita mengenai perihal kisah beliaw sendiri yang mana selepas sahaja berkawen, beliaw tiba-tiba datang satu semangat untuk beribadat. senang cakap, bila bujang-bujang asyik buat yang wajib ajela macam solat 5 waktu dan puasa Ramadan. tetapi pabila dah berkawen, beliaw jadi semngat utk meningkatkan amalan sunat, contohnya solat dan puasa sunat. bukan ape, sebab ade TEMAN beribadat. teman yang paling rapat dengan kita yakni pasangan kita. so, moga-moga itulah yg berlaku pada diri pu3 & en.api nanti.. mudah-mudahan :)

itulah antara perkara yang kitorang konsiderkan. even simpanan masihla tidak setinggi mana tapi alhamdulillah perjalanan pu3 & en.api utk berkawen ini dimudahkan..ramai yang datang membantu itu ini. walaupun sesekali kitorang berkira-kira seperti duit tu tak cukup sangat utk membuat majlis, tetapi tanpa diduga ada saje rezeki yang datang selepas itu. pendek kata, mungkin kerna kita planning utk membuat sesuatu kebaikan, yakni mendirikan masjid, jadi mungkin sebab itu Allah murahkan rezeki dan permudahkan jalan. Wallahu Alam.

so, kawang-kawang, sile tunggu ketibaan kad kawen pu3 iyer.. insyaAllah seminggu sebelum kenduri sampaila :)




p/s : perkahwinan yang paling berkat, adalah yang paling murah belanjanya :)

Leelou Blogs

Proton Pahlawan Series

tahun lepas Proton ada keluarkan kereta konsep kan?
tapi pu3 ni tertinggal keretapi. pu3 ingatkan yg dipertontonkan hanyalah Proton Jebat seketul sahaja, rupa-rupanya byk lagi adik beradik yang lain. meh nk senaraikan. manalah tau ada jugak kaum kerabat di luar sana yg tertinggal kereta api macam pu3 ni.

Proton Tuah

mungkin jadi pengganti Proton Persona. orang cakap nampak mcm Toyota Altis. pu3 pun google la dengan jaya. dan iye, memang sama tapi tak serupa.


Proton Jebat

haa yang ini design yang pu3 suka. sebab apa? op kos la sebab potongan body seumpama Mitsubishi Lancer yang kacak.


Proton Lekir

amboi yang ini nampak mahal sangat. taste pu3 tak cukup tinggi utk jatuh cinta dengan model ini. nanti pakai pergi keje karang semua mata tengok ingat pu3 ada simpan Ikan Jerung pulak kan.


Proton Lekiu

mungkin Proton Exora yang di-SUV-kan daripada MPV. ok la jugak tapi pu3 takberapa bekenan dengan potongan bahagian depan. lampu tak cukup garang mungkin.


Proton Kasturi

ini Proton Saga FL ke?


dan yang terakhir
.

..

...

.

..

...

.

..

...

.

..

...

.

..

...

.

.

TANGGANG




Baru nak masuk showroom dah kene sumpah jadi batu.

derhaka letewwww~~~



;p

Leelou Blogs


sirius amoi ini sebijikkkkkkkkk Justin Bibir!




Leelou Blogs


I have curves, so I'm fat
I wear makeup, so I'm fake
I like to get dressed up, so I'm a seducer
I cry sometimes, so I'm a drama queen
I have guy friends, so I'm flirting
I stand up for myself, I'm mouthy

Seems like you can't do anything nowadays without being labeled..
So what??
Go ahead and label me, see if I care..




^_~


move on..never turn back
Leelou Blogs

uihh tak pasal2 pu3 tengah melayan lagu siam sekarang ni. lagu apa?
lagu ini ha..

Unloveable - Mild



nak tau kenapa tetibe boleh terlayan lagu siam?
ini semua bertitik tolak dari video Thailand'a Got Talent di bawah ini yg menjadi trending dekat facebook sekarang.



serius pu3 rasa yg Bell Nunita ni cantikkk n cute..senyum2 malu mcm perwatakan heroin citer siam yg pu3 selalu duk layan zaman sekolah tu..kulit pun licin..aihh rambut pun lembut..sopan benaw for the first minute and then lepas tu..haaa amik ko, kuar sora jantan..gaya pun terus otai2 sikit.

*tekojut mak, nyah!*


Leelou Blogs