Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts



sudah masuk 21 Ogos 2011 dan juga sudah hari ke-21 Ramadan. jadi semalam ialah 20 Ramadan dan berdasarkan huraian di SINI, semalam ialah tarikh hari lahir pu3 jika dikira dalam bulan Islam.

pu3 memang lupa sangat-sangat. hanya bebel di blog dan tidak bagitahu sesiapa pun mengenai fakta terbabit jadi mestilah possibility nak dapat hadiah ialah zero.

namun tiba-tiba dapat ini....




hadiah daripada en.suami.
nampaknya beliaw ada curi-curi baca blog pu3 yek.
ehe~

key-chain yang cute ini mengingatkan pu3 pada hadiah pertama kitorang sebelum 1st meet dahulu. masing-masing menghadiahkan key-chain tertera gelaran masing-masing.

dan ketika first meet selepas 6 bulan berkasih, juga saling menghadiahi key-chain.

key-chain dah jadi sinonim dengan kitorang memandangkan ia cute, murah dan senang di bawa kemana-mana. evendo murah tetapi priceless bagi pu3.

when it come from the person we love, anything will be priceless :)

p/s : I LOVE YOU



updates : @5:51 am 21 Ramadan


kad tiba-tiba drpd en.suami selepas sahur.
patutla berkurung dalam bilik. tulis kad rupenyer.

tapi bila beliaw beli??

muskil.

btw, macehhhhhhhhh
^_~



p/s : women particularly like to be surprised, isn't it :)

Leelou Blogs


As Salam :)

salam 5 Ramadhan kawang-kawang. memandangkan hari ini hari Jumaat, mood bercuti weekend sudah tiba. tak sabar nak tunggu pukul 5pm utk tutup PC, sangkut
hand beg dan meluru ke CCM utk pulang. 5 jam lagi.

oh ye, sahur pagi ini terlepas. kemain liat benaw nk bangun mungkin disebabkan kepala yg terasa berat akibat selesema yg masuk hari ke-3 ni. dan memandangkan hari ini dah 5 Ramadhan, proud to say that 15 hari lagi akan sampai befday pu3! yg dikira dalam kalender Islam.

see..see..

numbering bulan utk kalender hijrah boleh rujuk di bawah.
so, 9 = Ramadhan :)


baru pu3 tahu pu3 dilahirkan pada 20 Ramadan 1407 Hijrah yakni 10 hari lagi nak raya.mesti time tu byk dapat duit raya ye dak.. dan mesti mak pu3 kene ganti puasa 10 hari kan.. ;p

dan bile pu3 check-kan tarikh lahir en.suami, beliaw dilahirkan pada bulan Safar, tahun hijrah yg sama dengan pu3, so officially kitorang sebaya la kan kalau mengikut kalender Islam :)



so, agak2 berjaya tak kalau mintak hadiah hari jadi pada 20hb @ 20 Ramadhan yg bakal tiba nanti ni ek?

;p






Leelou Blogs


As-salam :)

hari ini hari Khamis yakni masuk hari ke-4 berpuasa Ramadan. cepatnye kan. tak sampai sebulan lagi nak raya tapi terus terang ckp baju raya pu3 dan en.suami tak terbeli lagi. mak pu3 awal2 lagi dah prepare utk abah dan adik-adik pu3. mak mertua pun dah dpt 2 helai baju raya tapi kitorang ni masih tak ketemu yg berkenan. sebelum-sebelum ini di kala bujang, selalunye pu3 suruh mak beli kain ela aje utk buat baju. corak kain pu3 tak kisah. elok di mata mak, elok la di mata pu3. tapi raya kali ni mak pu3 plan tak nak menjahit baju raya, mak suruh beli yg dah siap aje. itu yg sampai sekarang pu3 postpone tak beli-beli lagi sebab memang jaranggggggggg sgt pu3 beli baju siap..tibe-tibe tak pandai!

cadangnye raya kali ini nak tema kuning. en.suami pun setuju tetapi dengan syarat kaler kuning lite-lite aje, idok le terang mcm kaler Bersih tu. hee :)

so,kawang-kawang yg belom cari baju raye tu, moh le kite bersoping dengan berhemah. gaji dah on, sale dah start, kad bank suami itu kad bank kita, ape lagi bolehla SERANGGGGGG!!





kuning dah lite-lite tapi glemer sgt ni.kang tertukar sape Tokti, sape pu3 ;p



p/s : raya kali ini beraya di Taiping dahulu. tengah wonder-wonder apekah emosi pu3 di pagi raya tu nanti.
adekah sedih sebab 1st time beraya mak abah semua jauh?
eksaited beraya bersama suami dan family baru?
berdebar nak jumpa sedara-mara baru?
kite tunggu dan lihat!

Leelou Blogs

Kempunan cendol dah berakhir harini tatkala incik api membuat seprais delivery cendol ke pintu rumah pu3..rase nak melompat-lompat riang pabila tgk bekas cendol di tgn beliaw...dgn muka baru bangun tido,celak comot,pipi ada kesan2 bantal, memang dh tak control ayu dah asal cendol dalam genggaman..thanks ya incik api..lainkali buat la seprais lagi :))

penutup seprais diakhiri dgn ceramah ringkas incik api kerna pu3 tido nak hampir waktu berbuka.. hehe maaf2..letih sgt balik keje..janji tak buat lagi~! :3

*tiba2 teringat pekikan Puan Ruhana merangkap mak tersayang tatkala pu3 dgn muka tak malu, tidur petang hampir waktu berbuka masa still tinggal dgn mereka dahulu.. huh dari dulu lagi rupenyer pu3 suka tido petang, so boleh percaya ke janji tadi??

I miss you Puan Ruhana & Encik Haslan

ahah~!nak tgk gambar kanak2 girang bermain bunga api??meh sini nak tepek :


Lokasi kejadian : Depan rumah incik api

Masa : 8-9mlm, 31 Ogos 2010

Entiti : Encik Api & Encik Izat merangkap roomate

Umur Entiti : dah 24 tahun kotttt~! ;p



Haih seminggu lebih lagi nak raya..harus hepi :))

Syok lepas gian main bunga api dengan incik api harini..memandangkan bos beliaw menjadi tokan bunga api & mercun yang berkakilebar, so incik api turut sama terjebak menjadi apprentice bosnya.

today kitorang just main stok yang ada dalam simpanan ; bunga api kaler2 & mercun thunder clap.. disebabkan pu3 alergik dengan benda yang meletup2, jawabnye main bunga api je la.. bunga api dia mak aih, dah kurus keding jer berbanding dulu..kalau dulu zaman pu3 sekolah & banyak jerawat gatai lagi tuh, belerang dia padat & banyak..macam2 kaler boleh kuar..skarang nih boleh dikatakan half dari yang dulu...baru nak bersuka2 tergedik2 bajet suwit thirteen lagi alih2 dah padam..cis~

incik api mngambil bahagian acara main mercun thunder clap..isi dalam botol, bakar & biar si mercun terbang..huh pu3 tak berani~!ape nak buat kalau nanti tiba2 mercun meletup sebelum sempat lari??then bila dah terbang melencong ke lain tembak diri sendiri ker? takpun masuk baju sendiri??sapa nak tanggungjawab??

so, disebabkan banyak sgt pemikiran negatif dalam kepala otak pu3, incik api bagi bunga api sedozen suh main jauh2..haha kejam~!

p/s : gambar tidak dpt diupload sebab kamera tertinggal~

Misi hari ini ialah merebut mendapatkan Kuih Keria Gula Merah @ Gula Melaka di Bazar Ramadan Taman Seri Cempaka nearby Melaka Sentral~~! Kawan2 cakap memang sedap & tip top makcik tu buat..so kene try~!

Dulu pergi sekali tapi kuali dah licin..kali ni nak pegi awal ckit..sebab gerai makcik tu memang jadi tumpuan ramai & cepat je licin kuih keria beliaw..tambahan pulak pu3 memang tak pernah makan Kuih Keria Gula Merah ni, selalu gula biasa jer..so, ade sedikit keinginan di situ~meh kita tgk nasib harini baik ke tak~~~ ^_^

credit tu cik blogger di atas kerna mempublish gambar kuih keria gula melaka yg sgt yummy~!

*update *

berjaya beli kuih keria~! kui 4:30pm dah terpacak depan gerai makcik tu..beli sekali RM4..tak agak2 betul..tapi nasib baik memang sedapppppppppppp~!


Susahnya nak dapat makan cendol pulut tengah bulan puasa ni.. nak~!nak~!nak cendol pulut~! ~_~

*drool*

rasanya first time dalam hidup pu3 request nak makan cendol pulut..sebelum ni tak pernah2 pulak nak minat cendol pulut ke, cendol biasa ke.. *kau mengada ye perot~!*
even kalau member or family makan, pu3 just request 1 sip je sebab nak rasa..tapi kenapa time bulan2 puasa, time kedai cendol tak bukak waktu siang, time nak cari cendol malam2 memang tak kan dapat, time tu jugak nak teringin~! ngueeeeee~!

uhhh sabar2...dugaan2...cubaan...~_~

nak hilangkan ngidam, pu3 google je gambar cendol pulut..telan air liur jela dulu sementara nak dapat makan nex bulan..nasib baik incik api dah promise nak bwk makan..promise kay~!

p/s : malam ni nak mimpi makan cendol pulut..so nak google banyak2 gambar cendol pulut~!

Hujan tak berenti lagi..dari petang tadi dalam pukul 5 lebih sampai sekarang hampir ke 8 malam.. agaknya fasa musim hujan dekat melaka ni dah sampi..rutin hujan selalunya lewat petang dalam pukul 5 ke atas & awal pagi dalam pukul 4-5 pagi..kalau awal pagi tu memang bikin liat nak bangun subuh..sahur?hmm memang bangun utk minum air jer..sayang tidur mengatasi segalanya~hujan pulak memang lebat betui..sungguh2 hujan..tadi pun langit gelap amat..pu3 keluar ofis dalam pukul 5;15pm terus pecut ke arah Kerubung.. memang plan nak pegi bazar ramadan kat area Taman Kerubung Jaya sebab tak ramai orang..asal dapat beli nasi & kuih seringgit sudahla..cukup.

Keluar je dari simpang ofis di mana tertera sign board besar "Melaka Solar Valley", terus pecut ke arah kerubung..pecut tak pecut sangat la memandangkan minyak kereta dah wink-wink..so, pu3 bawak dengan sopan santun dan berfikiran positif agar awan masih lagi mampu menampung berat sang hujan walaupun kaler awan dah bertukar jadi biru gelap.. "sabar..sabar'..jgn turun lagi..pu3 nak beli nasik dulu ni.."

perjalanan yg agak sopan tu berbaloi tatkala berjaya tiba ke destinasi sebelum awan merembes isi perutnya..keluar je kereta pu3 dah tak tgk kiri kanan, terus menonong menuju ke gerai nasik lemak.."kak, nasik lemak lauk ayam merah 1 yea..kuah nak lebih" dah setel akak tu bungkus, pu3 keluarkan 4 keping not seringgit dan terus terkocoh-kocoh beli kuih sardin gulung seringgit.. awan dah gelap betul tu ditambah pulak angin dah mengganas..

dari bazar ke rumah memang takde sopan2 dah..biarla minyak dah wink-wink, pu3 pecut jugak.. dah calculate bajet rasenye minyak sempat nih memandangkan tadi dah bwk sopan santun.. pecut dalam renyai2 hujan ditambah jalan yang bengkang-bengkok smpi melambung2 bungkusan nasik..ngeeeeeee pu3 tgk ayam merah dah terkeluar dr bungkusan.. nasik lemak pun same..elok je ade dalam plastik tggu mase nak terkeluar..adoilaaa nasib badan..pu3 singgah petrol pump baru boleh kemaskan semua..ikat ketat2..huh~

lalu, berbuka puasa tadi, menu pu3 : nasi lemak ayam merah bunjut plastik + kuih sardin gulung + air masak.. ughh syahdunya...mak...abah..anakanda di perantauan rindu kalian~~ -_-

Sebelum berbuka tadi sempatla pu3 merayap kejap kat Philea Resort & Spa Ayer Keroh Melaka .. kedudukan betul2 sebelah Butterfly Farm tepi tol ayer keroh tuh.. selalu jugak en.api bawak lalu dekat situ since diorg tgh construction lagi....then proses construction diorg kejap jer..tup-tup tgk dah dirasmi 16Jun lepas..cepat betui..lagi cepat dr kilang Sunpower tempat pu3 kerja kat Alor Gajah tuh..setahun lebih kot tak siap2 lagi..

Actually saje singgah situ sebab nak check promotion Ramadan buffet diorang..mana la tau dapat gaji nanti boleh gatal2 nk buka puasa dekat situ..tapi tgk2 1 kepala dalam RM68++..mahal la pulak..-KENSEL-

Tapi Philea memangggggggggggggggggg sgt lawa + cantik + exclusive + va vavooommm.. Architecture dia sgt mengkagumkan..Gah..byk guna elemen2 alam spt kayu..so no wonder la dari buffet hingga ke room rate dia memang harga tak semenggah mahalnya..Villa paling murah pun dalam RM780++ sebilik..kene tunggu jadi tokey balak dulu la baru boleh berangan nak honeymoon kat situ..

Landscape dia pun memang cun..dari rumput sampi ke pokok2 semua cantik2..ikan pun bersepah2 banyak kat dalam kolam sekeliling banquet..tapi sayangnya tak boleh ambil gambar lebih2..receptionist tu cakap ade group VIP dari Hong Kong datang stay sana..so nak amik gambar pun terhad..sekeping dua je dapat memandangkan nak cepat untuk berbuka puasa~

*Tak pe2, nex time singgah lagi~!*

Klik gambar untuk tumbesaran



Ni map Philea kalau nak pergi melawat..nak maklumat lanjut boleh berlayar ke : www.phileahotel.com

p/s : berapala agaknya cost pembinaan resort ni..siapa pulak arkitek dia??pu3 nak kerja dengan arkitek yg mengkagumkan tu~!

Hye kawan-kawan! berjumpa lagi kita disini..anda sihat ke?macam mana puasa?bukak periuk tak pagi td??tu nampak ade nasi di tepian bibir tu..kan dah kantoi~lain kali basuh dulu..pastu sabun..gosok gigi...HOI~!!!..pebende yg pu3 mengarut tengah2hari ni! mesra alam tak kene tempat..bajet chef wan nak ceria2.

Okay2 mula balik..haih kekok betul la nak mula balik berblogging ni..*sigh*

*ambik nafas..clear throat*

Okay..1..2..3..

Sesungguh-sungguhnya ini entry pertama setelah setahun blog ditinggalkan sepi..(yeah~!!berikan tepukan gemuruh utk si pemalas update)..dalam jangka masa setahun macam2 berlaku, byk yg berubah, byk yg masih sama..macam2 memori, suka-duka, perit jerih membanting tulang (okay, ni drama je lebih), pengalaman diri, rentetan perjalanan memulakan hidup..hmmm sayangnye kan..kalau penyakit malas tak hinggap mesti dah bewarna-warni blog pu3 dgn kisah hidup anak rantau~apa nak buat, dah memang salah sendiri..siapa suruh tak bangun2 dari fasa malas update blog?kan?kan??

yang pastinya, sekarang semuanya bertambah baik..dari pahang, merantau ke melaka.. mencari rezeki sesuap nasik di negeri hang tuah nih..hampir setahun jugak la dekat melaka..1 perkataan yg boleh disimpulkan sepanjang menjadi anak rantau-->BERTUAH

Terima kasih Mak & Abah sebab izinkan pu3 bekerja di melaka & percaya pu3..sentiasa berada di sisi pu3..
Terima kasih Mak Teh Rohizan sebab menyediakan rumah sewa utk pu3 tinggal..serba lengkap & berpatutan..
Terima kasih Nenek Embang sekeluarga kerna selalu menjadi begitu baik dan tak lekang memberi pertolongan..berkilo2 berat naik sebab nenek masak sedap sgt..
Terima kasih En.Api kerna sentiasa memberi tunjuk ajar, memberi kekuatan kpd pu3 dlm menghadapi realiti kehidupan, mengajar erti berdikari namun tak lokek memberi pertolongan..

dan..

Terima kasih ya Allah atas setiap kurniaan rezeki..kasih sayang & kesenanangan hidup yg Kau berikan..walaupun hambaMu ini kerap alpa mengingatiMu namun kasih sayangMu tidak pernah berkurangan..sesunggunya Kau maha pengasih lagi penyayang..tunjukkan aku kejalanMu ya Allah..

Salam Ramadan Al-Mubarak..Salam penuh Keberkatan di bulan yang Mulia

c Ya~


maaf..maaf..maaf wahai diaryku sayang...lama sungguh xkunjung tiba di sini.. bz..dtmbah plak dgn wi-fi yg singgah2 ayam je..boleh bikin tebakar jugakla kalo setiap kali nk loading kene refresh byk kali..dem~

uiks silap2..xbaek menyumpah2 di bulan yg mulia nie..iya~~!! dh masuk bulan ramadan pon..1 ramadan yg mulia..ramadan yg dinanti2...

1 ramadan kali ni pu3 berade d genting..sejuk2 ni konpom cpat lapar nnti..dan spt biasela, sahur just bgun tuk minum air jer..kalau kat umah, konpom penuh pinggan pu3 mkn walapon sahur2 nih ramai yg maseh xterbuka napsu mkn..but dats not me..im food addicted..~! ngeeeeeeee :D

so..ape yg nk dibuat ari nih..td pun bgun2 dh pukui 10..sambil menaip, layan chibi maruko kat ntv7..bile xde aktiviti di weekend hari, boleh tahan jugak busannye..rumet memasing bz dgn agenda memasing.. pu3?? m i a couch potato person???no~no~no~ wont be like dat..plz~~ tp tanda2 tu mcm dh ade.. wahhh tidakk~~! ok, solution awal,---> lari dr couch n pegi ke katil... nice~

doh..otak beku ckit la pg nih..kaku ckit nk berceloteh..pending dulu la kejap..1'll back ye my dear diary..daa~~~

Selamat berpuasa semua~~~moga Ramadan kali ini kite dilimpahi dgn rezeki n keberkatan dr-Nya..Moga bulan Ramadan membawa keinsafan utk kita semua..amiin~~