tapi bukan sebab cedera ke ape ye kawang-kawang, pu3 ke klinik bersama en.api utk menjalani ujian HIV. utk pasangan bakal pengantin memang diwajibkan menjalani ujian HIV dalam tempoh 3 bulan sebelum majlis berlangsung. dulu2 tak ada lagi, tapi start 2-3 tahun kebelakang, ujian ini sudah diwajibkan. so, kalau yg takut jarum tu, siap sediala ye..nak kawen takk??
awal-awal pagi lagi kitorang dah terpacak depan Klinik Kerajaan kawasan Peringgit. muka ketika itu dah abis gatai la memasing. yela nk kawen punya pasal. tapi bila sampai-sampai je ke kaunter, akak nurse tu bagitau yg ujian hanya boleh di ambik start pukul 2 petang. pulak. itula takmau google awal-awal. teruja sangat la tu

yg pu3 ingat, dari titik A, pu3 pusing stereng ke kanan jalan untuk masuk ke kawasan parking.
pu3 memilih ruang yang paling hujung, jadi pabila sampai ke titik B, pu3 perlu gostan ke belakang untuk perbetul angle CCM yg tengah senget tu.
- tapi entah mcm mana dalam sibuk2 nak tukar gear reverse, pu3 pergi pijak pedal minyak. kuat pulak tu.
- pu3 rasa pu3 nak tekan pedal brek, tapi termamai pulak. ape lagi, udahla tekanan kaki pu3 kuat, meluncur laju la CCM naik atas parking divider pertama.
- lepas tu naik pulak atas parking divider kedua. itu memang menunjukkan tekanan pedal minyak pu3 tadi kuat betui.
- pu3 mcm tak boleh kawal dah kaki pu3.kaki pu3 dah kene rasuk kot. so bila hampir ke tiang lampu, pu3 tarik brek tangan! fuhhh sikit lagi nak hentam tiang lampu!
- kemudian tukar gear reverse and turun balik dari divider dengan terketar-ketar.
performance ni pu3 paling suka part lagu I need A Doctor tu. pu3 rasa suara Skylar Grey tu sama macam Yuna. ada kene2 la sikit. cube suruh Yuna try nyanyi lagu ni. okay tak?
yang ini pulak pu3 sangat suka part lagu Grenade. persembahan ala-ala zaman broadway tu memang memikat. pu3 sampai try la joget macam depa joget.mana la tau kot-kot ada bakat terendam..hmmp hampeh. hodoh and sumbang betui joget pu3. tapi dah tak ade orang lain dlm bilik ini, so lantakla kan. heeee~
hehehehe :)
dan ini
dan juga ini
personal opinion pu3 rasa video beliaw agak lawak dan berjaya ilangkan bosan pu3 dekat sini. dan message yang dilontarkan pun sampai walapun selepas ketawa terbahak-bahak. good job bro. teruskan lagi berkarya (chewah)
haihhh bila la nak balik Malaysia ni..nak tgk Cerekarama, Zehra, Lestari, Akasia, Buletin Utama...bla..bla..bla..
=_=
Makan malam di Gilak by Hossein Restaurant setelah lama tak makan nasi. yang penting halal. Kelihatan di gambar ialah Encik Boss dan Cik Alina
disebabkan susah nak dapat makanan halal di Tagaytay ni, pu3 dan Cik Alina byk ambik gambar jer. di bawah ni salah satunye lah. sementara Miss Goh & Lito bersantap di Splendido Taal Golf Club, kitorang merayap-rayap cari best shot.Tapi lapar tau! wuuu~
Selepas mereka yg berkenaan sudah kenyang dan kitorang pulak mengisi perut dengan biskut dan peanut, merayapla 5 orang ini (termasuk driver) ke Fantasy World. tapi sayangnye Fantasy World tutup kerna ade shooting tengah berlangsung di dalamnye. sedih tau datang jauh2 tapi tak dpt masuk!
then utk mengubat hati yang lara, kitorang bergerak untuk ke Taal Volcano. iye! kawasan gunung berapi. tapi sudah tidak aktif lagi..utk ke Taal Volcano, kitorang perlu menyusuri Taal Lake yg agak besar jugak dengan menaiki bot. first time pu3 naik bot tau! runcing plak tu botnye. rase gelabah puyuh la kejap. takuuuttt.
yeyeahh!! muka happy sebab berjaya sampai ke tanah dengan selamat setelah dekat setengah jam atas bot. utk sampai ke puncak gunung berapi, kitorang perlu naik kuda pula. ini juga first time pu3 naik kuda! sian encik kuda,maaf ye pu3 overweight. mendengus-dengus kuda tu panjat gunung. muatan terlebih la katakan!

dah tibe puncak!! see see sangat cantik kan! cuba bayangkan yg air yang anda lihat itu ialah lava gunung berapi..wuuuuuuuuuuuu

itu la sedikit sebanyak aktiviti pu3 di sini. maaf ye Cik blog sebab upload gambar satu utk setiap tempat. kire ok la tu kan ;p
pu3 balik Malaysia 27hb ni
yeyeah!!
:)
*pensan*
maaf ya.
oyeah! hari ni terasa seperti mood ingin mengemas atur barang2 pu3. bilik tidaklah seperti sarang rabit ataupun sarang en.api, tetapi barang yg byk itu menyebabkan keadaan bilik seperti berserabut. contohnye ini :
haih! -_-!
sbg langkah penyelesaiannya, pu3 mahu membeli 4-5 keping kotak besar dan longgok semua dalam tu. satu kotak buku2, satu kotak barang kecantikan, 1 kotak barang makanan dan sebagainya.biar nampak clean & clear. nanti bile dah kemas pu3 upload gambar dgn bangga.
ahha, ketika mengemas tadi, terjumpa ini :
why pu3-naga? dats how our story begin :)
A H A D
28 N O V E M B E R 2 0 1 0
hari ni birthday Mak pu3 & adik bongsu pu3, Wen.. iye, mak pu3 deliver baby bongsu beliaw time birthday. pandai mak bajet ek.. hehe..
so pu3 nak wish
HAPPY BIRTHDAY PUAN RUHANA BT HAMZAH
Terima kasih sebab bersabar membesarkan kami adik beradik. memberi mkn minum & keperluan yg cukup. memberi kasih sayang yg melimpah ruah. memanjakan kami semua & mendidik kami semua menjadi org yg berguna & berpendidikan.
Moga mak juga abah bahgia & gembira selalu. semoga segala urusan di dunia & akhirat dipermudah oleh Allah.
Moga panjang umur & murah rezeki. Pu3 mintak maaf jika ade buat mak sedih & keciwa dari pu3 lahir hingga sekarang..
You are the best mom in the world! sayang mak!
memang tiada galang ganti!
~~~~~
HAPPY BIRTHDAY NURIN QISTINA BT HASLAN
Belajar elok2. moga besar jadi orang berguna, biar pandai daripada Long & abang2 anda yer.
moga segala tindak tanduk dilindungi Allah dari kejahatan di dunia & selamat di Akhirat nanti.
Moga panjang umur & murah rezeki. memandangkan hang ade kat rumah skang, so jage emak & abah elok2 tau.
jgn degil2 & bagi mereka risau.
oh ye
Happy Birthday also to uncle pu3 iaitu merangkap adik mak
RODZRI BIN HAMZAH
Moga panjang umur & dimurahkan rezeki & dilindungi Allah selalu.
Senyum Sokmo!
~~~~~
dan esok pulak, 29 NOVEMBER 2010 birthday kazen pu3 iaitu anak Mak Teh Rohizan.
so,
Happy Birthday in advance to
MOHD FARIS FIKRI BIN RUSLI
happy & gembira selalu k. moga berjaya di dunia & akhirat :)
~~~~~
dalam family besar pu3 memang ramai yg ber-birthday di hujung tahun iaitu di bulan Oktober, November & Disember. so selalunye diorang akan celebrate sekaligus semua. syok betui!
pu3 je sesat lahir tgh bulan - MEI.
takde geng tau!
nah. pu3 hantar cupcake sorang satu k. taley kek besar2, kene jage kesihatan. kurangkan gula & krimer dalam makanan tau!:)
entry ke-100
uiks orang lain dah lama dh capai entry ke-100, pu3 plk nk kecoh2 kat sini kan..
eh tapi takpela kan if pu3 nk celebrate entry ke-100 ni memandangkan pu3 berjaya melawan sikap malas dan suka buat keje separuh jalan..ekceli pu3 create blog ni dah lame dah..maybe since 2007, after grad dulu..tapi memandangkan sikap malas menaip amat tebal, pu3 tinggalkan blog pu3naga ni bersawang hampir setahun..see see punya malas kan! kalau tak malas & pu3 teruskan berblog since 2007 tu maybe dah byk memori pu3 tersimpan dlm blog ni..sayangnye kan..setahun mesti mcm2 kisah jadi..
so disebabkan pu3 berjaye jugak capai entry ke-100 ni, harusla hepy2 sikit sebab terbukti sifat malas berjaya diatasi!
*moga2 tak stop separuh jalan lagi after this*
entry kali ini berbaur syok sendiri sikit sebab pu3 sibuk nk tulis 10-10-10-10-10-10-10-10-10-10 facts pasal pu3.
gila!
orang selalu tulis "10 facts about me" tapi pu3 sibuk nk ber-ten-ten sepuluh kali sampai cukup seratus. memang syok sendiri!
tapi takpela..utk blog sendiri..sape tamo bace boleh kembali berfesbuk & tgk tv kay? takpun sambung main game.
heeee~
10 fakta sahih
1. Anak sulung En.Haslan & Pn.Ruhana
2. Kakak kpd Farhan, Zarif & Wen
3. Kekasih byk pe'el kpd en.api a.k.a En.Faiz
4. Bermastautin di Durian Tunggal Melaka
5. Mencari rezeki di AUO SunPower Sdn Bhd
6. Umur 23 tahun
7. Tinggi 1.57m
8. Berat 58kg. overweight!
9. Corak ibu jari berpusar
10. Rabun
~~~~~
10 panggilan manja *konon*
1. Long (anak sulung lah kate kan)
2. Ela
3. Dila
4. Adila
5. mek mucuk (dulu kecik2 pendek paras kemuncup je)
6. mek sombong (ni utk kes tertentu spt merajuk & bebai)
7. tabak (in tagalog bermaksud gemok!kejam kan?)
8. cik bit
9. sayang
10. pu3 (of cos la ade,kalu tak tukar name blog!)
~~~~~
10 pu3 suka!
1. cardigannnnnnnn!!
2. tempe
3. mekap mata
4. perfume bau kuat mcm Hugo Boss Intense Red
5. manjakan en.api. erk?hee
6. sambal (dah retired since perot meragam)
7. shah rukh khan
8. nyanyian live Faizal Tahir
9. Kim Kardashian style
10. of coz to be with my family & my love ones :)
~~~~~
10 pu3 tak suka!
1. menunggu & ditunggu
2. masuk meeting
3. pakai lipstik & lipbalm
4. pakai seluar panjang utk tido.nak singakt2 je
5. orang overtake mase drive.tibe2 jadi jahat pegi cucuk2 kereta depa blk dr blakang
6. org komen negatif utk benda yg pu3 baru nk blajar.sapot la takpun bg semangat
7. org compare keje & persoal keje yg pu3 buat.dats rude!
8. org tegur mknan kesukaan pu3 "eeee tempoyak.busukla" .show some respek pelis.
9. menyampuk mase pu3 tgh cakap
10. lipasssssssss!!!
~~~~~
10 lagu dlm playlist semasa
1. Innocence - Avril Lavigne
2. Hanyut - Faizal Tahir
3. Sungai Lui - Aizat
4. One in a million - Neyo
5. Victim - A7X
6. Tonight the world dies - A7X
7. Nightmare - A7X
8. Warmness on the soul - A7X
9. Why - Avril Lavigne
10. CrushCrushCrush - Paramore
~~~~~
10 bendalah dlm henbeg
1. Purse
2. Kunci kete
3. Kunci rumah + bilik + locker opis
4. ID card opis
5. Pocket perfume
6. Beg alat mekap
7. Tisu
8. Syiling berterabur
9. slip ATM berzaman
10. Roti kering spare
~~~~~
10 harta kesayangan
1. Family
2. En.api
3. True friend
4. CCM even dah calar2kan masa memule blajar drive
5. Lappy & henset
6. Camera bukan dslr
7. box of memories.penuh segala tiket wayang, slip harga bla bla bla
8. bunch of bags
9. dozen of cardigans
10. thousand of pictures.suwit memories.
~~~~~
10 kehendak semasa
1. kurus & sexy mcm Kim Kardashian agar cun time kawen
2. Kawen!
3. bwk family jalan2 ke pulau2 or obersea
4. lepas ujian MTest
5. skinny jeans (spt entry lepas)
6. new hairstyle (akan dibincang dlm next entry)
7. air-cond!!!bilik sgt panas mase sianghari!
8. meng-nyah segala jerawat degil & parut
9. Novel. dah lama tak membaca novel2 ni
10. Tabita Skincare dgn harapan kulit mulus
~~~~~
10 movie/ drama / tv show pilihan
1. Kuch-Kuch Hota Hai - Hindustan film
2. Stairway To Heaven - K-drama
3. Overtime - Jdorama
4. Grey's Anatomy - American tv series
5. CSI, CSI Miami, CSI New York - American tv series
6. Chinta - Malay drama
7. Sin Chan
8. Doremon
9. The Apprentice - American reality tv
10. Queer Eye for the Straight Guy - American reality tv
10 perkataan wajar disebut sekarang
1. adehhhh!!
2. letih
3. betui
4. buat
5. 100
6. fakta
7. nih!.
8. pensan
9. pu3
10. tau!
E N D
nak pensan jap

*hamik kau..nak sgt ber-ten-ten-ten kan~*

malam ini dengan tiba2 pu3 men-google pasal Phuket.. gara2 Paksu & Maksu pu3 yg begitu bersungguh2 mahu pu3 & en.api join diorang cuti-cuti next year, after wedding pu3 nanti.. kenkonon utk honeymoon kitorang sekali la memandangkan pu3 & en.api mmg tak plan ape2 pasal honeymoon..lambat lagi kot..even persiapan utk kawen pun byk sgt yg tak setel lagi..
bila google dan google pu3 terjumpala page pasal 10 must see in Phuket or senang citer 10 attractions dekat Phuket tu..pu3 amek 5 je utk tempek kat sini..yang ni memang antara tempat dekat Phuket yg pu3 teringin nk pegi jika ade rezeki ke sana nanti
1. Fantasea Show
member2 yg balik dr Phuket mesti sembang pasal Fantasea Show ni.. buat pu3 nak tgk jugak bile diorang cakap "tu bukan 3D show tapi 4D show bila depa bawak keluaq gajah atas pentas tu..ngn burung lagi..meremang bulu roma" huuu dengar memang buat pu3 teruja nk tgk!2. Phuket Beach
bermain2 air laut yg cristal clear memang pu3 suka! even tak tahu berenang, pu3 masih boleh bersuka-suki di gigi-gigi air dan berpura2 berenang dgn tgn berpasak di pasir laut yakni menampung bdn di dalam air kan?kan?3. Phuket Viewpoints
kalau pantai sudah cantik lagi indah, so boleh byg tak kalau kite usha dr puncak2 bukit or tempat2 tinggi bagaimana keindahan itu kelihatan..sudut sisi berlainan yg wajib tgk!4. Phuket Waterfalls
dah letih bermain air masin kene cari air tawar pulak utk menyeimbangkan komposisi air dlm bdn..heee ;p5. OTOP Market
sape yg tak suke shopping kan..anykind of tempat shopping pu3 suke.. tapi Maksu pu3 ade sebut pasal OTOP Market..so pu3 teringin nk tgk sendiri ape yg spesial kat sane... jum shopping jom!mudah-mudahan ade rezeki sampaila kitorang kat sane nanti.. tapi sebelum tu, pu3 diwajibkan membuat pasport by the end of nexweek.. secepat yg mungkin sebab according to Paksu, now rate flight Air Asia tgh rendah lagi.. so kene la cepat2 book sebelum rate naik.. en.api dh buat dah passport. so nak tak nak, pu3 kene amik cuti half day dlm nexweek utk pegi imegresen & buat passport.
....
p/s : harus menyimpan & menabung dgn teguh dari skarang ya!
Bulan Disember makin hampir
Annual Dinner
Charity Activity
Holiday
Bonus Akhir Tahun
A Z A M D I E T
haha item last tu paling gerun!
..
ops dun forget one other thingy
En.Api & pu3 3rd Anniversary
*over-excited*
^_~
I S N I N
hari ini pu3 MC. tibe2 je perut memulas & cirit-birit dari pagi tadi. diarrhea mungkin. ataupun mungkin semalam pu3 terlebih mkn pedas & sambal.
hoho diet sambal terbabas lagi
susahnye!
pukul 1:30pm pu3 pergi klinik di Pekan Durian Tunggal. namun pukul 4:30pm baru doktor akan dtg..sesi pagi br je tamat rupenyer. so pu3 shoot ke MITC dulu utk lunch kelonely-an di sana. ramai giler org kat Restoran Ikan Bakar Malim. nmpak gaya mcm semua keje opis. semua mkn beramai2-an, lunch hour la katakan then tibe2 ade sorang anak dara mkn lone ranger sambil bace paper. lepak dekat sejam plak tu.
memang epik!
.....
after puas melepak, perut yg mengade ini tibe2 ngidam susu coklat plak..terus pu3 singgah Mydin MITC carik sumber protein terbabit. tapi mungkin kerna mase sudah tibe, perut buat hal lagi. biasela, masuk je makanan, perut buat hal balik la. singgah toilet sat.rugi mkn kenyang2 kat Restoran tadi. tak sempat kenyang pon! ~_~
....
sesudah menyambar 2kotak susu coklat Dutchlady, pu3 pun balik menuju ke klinik. di sini kesabaran pu3 memang diuji.
pukul 4:50pm pu3 sampai, pukul 6:15pm baru name pu3 dipanggil.
doktor mai lambat. pastu gap masa utk panggil setiap pesakit lebih kurang 20min. pu3 di luar dah panas buntut basah ketiak.
siap berselawat, beristghfar, mengucap kalimah syahadah semua ade kat luar bilik tu utk menenangkan diri & bersabar.
ekceli ini kali ke-2 pu3 pergi klinik disebabkan diri sendiri yakni pu3 sendiri yg sakit. first, pu3 pergi klinik kerajaan 2-3 bulan lepas sebab demam, then tadi pu3 pergi klinik berbayar. bajet nk try rasa dua2 klinik. so sebab tu pu3 jakun sikit & kurang tahap sabar ni.
zaman sekolah rendah pu3 tak pernah demam teruk. cuma kene bengkak cantik & demam campak. itu pun tak pergi klinik sebab mak aje yg ambik ubat utk pu3.
zaman sekolah menengah pu3 tak pernah demam. attendant full.
zaman blajar matrik, sekali demam teruk tapi telan panadol je then esok sihat walafiat! demam hari ahad so tak sempat rasa MC.
zaman blajar di USM langsung tak sakit!
tapi masuk je zaman bekerja, rajin plak sakit perut la, demam la, selsema la.
tak happy bekerja kah?
guess what?
blood pressure pu3 naik. dalam hati pu3 dah agak dah pressure mesti naik punyer.
yelakan, tunggu kat luar bagai nak pecah dada tahan sabar.
mesti beri kesan kat blood pressure punyer
heeee~
balik rumah nenek bekal kan nasi suruh mkn.
tapi mungkin pu3 ni jenis yg tak serik2, balik je rumah terus buat menu tambahan
tempoyak + budu
memang tak serik2 sakit perut ke sampai sibuk nk mkn tempoyak hari ni jugak??
1. pu3 n en.api mghabiskan hujung minggu dekat KL..bermalam dekat umah paksu & maksu pu3 @ ampang.. 2hari en.api bz menjadi consultant electric utk rumah baru paksu & maksu.. wiken2 pun kije ye en.api..sian beliaw
2. ahad malam merayau ke KLCC bersama paksu, maksu, makteh, kaksu (bibik paksu & maksu) + alisha & sara (2 budak kenit anak paksu & maksu).. tenkiu paksu belanja 2 barang hantaran kitorang nanti :)) dan sebagai balasan, pu3 & en.api belanje mereka makan kat food court KLCC malam itu..thanks again utk semua!
3. en.api belanje pu3 kasut sebentar tadi..percaye atau tak,selame setahun pu3 bekerje, inilah kali pertama pu3 memiliki kasut sendiri..selame ini pu3 hanya pakai kasut or sandal lama yg dibeli mase belajar or mase nganggur dengan duit ehsan mak..hehe..(tak termasuk selipar ye, yg dimaksudkan di sini ialah kasut yg agak lawa sikit, selipar pu3 dah beli 2-3 pasang dikala bekerja ini ;p )..tenkiu en.api!
p/s : perangai Chinta dalam episod Chinta ke-21 ini agak menjengkelkan pulak!
today kitorang just main stok yang ada dalam simpanan ; bunga api kaler2 & mercun thunder clap.. disebabkan pu3 alergik dengan benda yang meletup2, jawabnye main bunga api je la.. bunga api dia mak aih, dah kurus keding jer berbanding dulu..kalau dulu zaman pu3 sekolah & banyak jerawat gatai lagi tuh, belerang dia padat & banyak..macam2 kaler boleh kuar..skarang nih boleh dikatakan half dari yang dulu...baru nak bersuka2 tergedik2 bajet suwit thirteen lagi alih2 dah padam..cis~
incik api mngambil bahagian acara main mercun thunder clap..isi dalam botol, bakar & biar si mercun terbang..huh pu3 tak berani~!ape nak buat kalau nanti tiba2 mercun meletup sebelum sempat lari??then bila dah terbang melencong ke lain tembak diri sendiri ker? takpun masuk baju sendiri??sapa nak tanggungjawab??
so, disebabkan banyak sgt pemikiran negatif dalam kepala otak pu3, incik api bagi bunga api sedozen suh main jauh2..haha kejam~!
p/s : gambar tidak dpt diupload sebab kamera tertinggal~

Janji Kekasih..drama kegemaran pu3 kini..drama dalam Slot Zehra TV3, 9pm Jumaat, yg pu3 sayang abis selepas drama Nur Kasih dulu..drama dgn elemen keagamaan ni byk kali buat air mata pu3 jatuh..rasa insaf..rasa byk sgt dosa yg pu3 buat..pu3 manusia biasa yg tak lari dari buat kesilapan..moga sedikit sebanyak drama ni dapat memberi kesedaran kepada pu3 & semua yang menontonnya.. ^_~
Karina (Jue Aziz) = Anak gadis yang membesar dalam keluarga berada dan berperwatakan agak liar pada permulaan cerita..membawa imej gadis sosial bermoto besar dan penyinggah setia pub2 & disko2..minum arak & merokok sedari usia 12 tahun..tinggal dengan mama yang moden dan tidak diberi ajaran agama yang secukupnya..
Jue memang sesuai sgt bawak watak ni..dgn imej gadis moto, rambut panjang mengurai.. memang menjadi bile dia bawak watak gadis kaki rewang kat kolej.. namun perlahan2 watak Karina berubah ke arah yg lebih baik.walaupun tertekan dgn mama sendiri yg tidak suka bila Karina berubah ke arah kebaikan ; pakai tudung & berbaju kurung, namun dgn kehadiran Shah & Alya, Karina tabah. mungkin ini yg dikatakan mendapat hidayah dari Allah..Karina dibuka hatinya utk berubah dan menuju ke jalan yg diredhai..
Shah (Fezrul Khan) = Dibesarkan dalam keluarga yg kuat pegangan agama.. rakan sekolej Karina.. Karina panggil Shah ustaz pada mulanya sebab Shah byk memberi kata2 hikmah & nasihat2 kepada Karina melalui emel.. Shah rasa bertanggungjawab untuk membantu Karina kembali ke jalan yg benar walaupun ramai rakan2 sekolej yg memandang serong terhadap niat baiknya.. tambahan pula Shah terhutang nyawa dengan Karina yg menderma darah semasa Shah kritikal selepas kemalangan.
Dulu pu3 suka tgk Fezrul bawak watak yg tenang & gentleman dalam Drama Exora dgn Fazura tu..tapi dalam citer Janji Kekasih ni sekali lagi beliaw berjaya menambat hati pu3 dgn watak ustaz muda yg tenang & tak cepat melatah..matured & berilmu.. :)
Alya (Ayu Raudah) = Rakan sebilik Karina..byk membantu Karina ketika Karina sering dicemuh rakan2 yang lain..selalu mengambil berat..menjaga kesihatan Karina yang sering batuk2 disebabkan rokok.. sanggup memadam perasaan sayang dekat Shah selepas tahu Karina juga senang & suka berdamping dgn Shah..Lemah lembut..tak pernah putus2 mengajak Karina ke arah kebaikan walaupun kadang2 sering dimarah Karina yg selalu emo & negatif ketika permulaan cerita..
Bila menghayati je watak Alya ni, perkara pertama yang terlintas dlam hati pu3 ; baiknya dia... sangat baik..tak pernah buruk sangka terhadap Karina..even hati dia juga terluka pabila Shah rapat dngn Karina namun di masa yang sama Alya bersyukur dengan situasi itu..tetap berdoa kebahagian Karina & Shah..menangis bersama tatkala Karina bersedih..sangat prihatin dengan kesejahteraan Karina..Ya Allah, susahnya nak jumpa kawan yg sebaik ini..tanpa rasa iri hati & busuk ati dalam diri.. 2 thumbs up utk Ayu Raudah yg bawak watak ini dgn excellent~!
even selalu terlepas nak tgk kat tv, namun nasib baik boleh layan @ web TV3.. Thanks TV3~! :))