Showing posts with label Melaka. Show all posts
Showing posts with label Melaka. Show all posts

entry kali ini dimulakan dengan AIR MATA

isk-isk

T_T

kenape?
...
...
...
sebab br lepas nonton Chinta @ Tonton.com...episod Chinta kali ni sedih..Amar mati time nk kawen.. sedih woooooooooooooooooooooooo~








ok end of sad story!


***

Melaka Maju

20.10,2010, tarikh Melaka maju.tahniah kepada kerajaan negeri Melaka..!!~
so, tadi ade la diadakan sambutan di Stadium Hang Jebat, Krubong Melaka..Tok Ali* ada datang rasmi kan.. (*Tok Ali = Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam)..pu3 pun mai la utk memeriahkan suasana.. haha sebenarnya hati bekobar2 nk menang lucky draw..ade hadiah umah teres setingkat
..paastu kereta perodua viva, motosikal lagi 4 bijik, peti ais & LCD TV berbijik2..itu yang pu3 sanggup bersempit-sempitan berlaga bahu dgn pengunjung stadium yg ramai giler..penuh abis 1 stadium...sampai jam teruk la laluan utama ke stadium tu..nasib baikla pu3 lalu laluan alternatif, Jalan Alor Gajah Lama utk tembus ke Krubong..so, selamat dr jam~

acara?

biasalah utk perasmian kan..

*persembahan tari-tarian kat tgh padang nun
*bunga api..yeay sgt suka!
*ucapan2
*nyanyi2 lagu patriotik
*perarakan kereta (kereta ape ntah..mcm kereta caddy golf tu jer)
*lucky draw (fineeeeeeeeeeeeeeee sebab tak menang pape!)
*nyanyi2 lagi, artis Aizat, Shila anak ND Lala, Hattan, Ramlah Ram

pastu balik dapatla melihat fenomena jam yg amat teruk depan stadium...dari rumah tadi pu3 park kereta kat rumah en.api kat Tmn Krubung Jaya..alahh dekat sgt ngn stadium..sekentut je..so kitorang meredah tukar naik moto en.api..5min sampi~then terselamat dr jam ketika nk masuk perkarangan stadium & time keluar dr situ..

gambo2



pu3 begerak balik dr umah en.api around pukul 11:30pm.. kereta still berduyun keluar dr stadium..so pu3 decide balik ikut jalan alternatif td..even laluan sgt gelap disesetengah kawasan (kawasan kelapa sawit takde lampu jalan, sunyi), pu3 redah jugak memandangkan tak sanggup nk redah jam yg teruk..rela bertakut-takutan dari terlekat kat jam! alhamdulillah selamat tibe :)

p/s : ughh bertuah la sapa menang rumah tu..*still jeles* dan jeles jugak sebab Melaka cuti esoknye, 21hb, tapi pu3 keje!


Sebelum berbuka tadi sempatla pu3 merayap kejap kat Philea Resort & Spa Ayer Keroh Melaka .. kedudukan betul2 sebelah Butterfly Farm tepi tol ayer keroh tuh.. selalu jugak en.api bawak lalu dekat situ since diorg tgh construction lagi....then proses construction diorg kejap jer..tup-tup tgk dah dirasmi 16Jun lepas..cepat betui..lagi cepat dr kilang Sunpower tempat pu3 kerja kat Alor Gajah tuh..setahun lebih kot tak siap2 lagi..

Actually saje singgah situ sebab nak check promotion Ramadan buffet diorang..mana la tau dapat gaji nanti boleh gatal2 nk buka puasa dekat situ..tapi tgk2 1 kepala dalam RM68++..mahal la pulak..-KENSEL-

Tapi Philea memangggggggggggggggggg sgt lawa + cantik + exclusive + va vavooommm.. Architecture dia sgt mengkagumkan..Gah..byk guna elemen2 alam spt kayu..so no wonder la dari buffet hingga ke room rate dia memang harga tak semenggah mahalnya..Villa paling murah pun dalam RM780++ sebilik..kene tunggu jadi tokey balak dulu la baru boleh berangan nak honeymoon kat situ..

Landscape dia pun memang cun..dari rumput sampi ke pokok2 semua cantik2..ikan pun bersepah2 banyak kat dalam kolam sekeliling banquet..tapi sayangnya tak boleh ambil gambar lebih2..receptionist tu cakap ade group VIP dari Hong Kong datang stay sana..so nak amik gambar pun terhad..sekeping dua je dapat memandangkan nak cepat untuk berbuka puasa~

*Tak pe2, nex time singgah lagi~!*

Klik gambar untuk tumbesaran



Ni map Philea kalau nak pergi melawat..nak maklumat lanjut boleh berlayar ke : www.phileahotel.com

p/s : berapala agaknya cost pembinaan resort ni..siapa pulak arkitek dia??pu3 nak kerja dengan arkitek yg mengkagumkan tu~!