Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Hanya sempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Hadir di angkasana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya


Penyanyi : Alyah
Lagu : 6ixth Sense
Lirik : 6ixth Sense
Jurukamera : Wong Chun Hung
Pengarah : Ghaz Abu Bakar
Pereka Fesyen : Rizman Ruzaini & Amir Luqman
Penata Gaya : Yanna Husin
Jurusolek : Bosco Ryzarl
Tempat : Empangan Tasik Timah Tasoh, Perlis
Aktor : Remy Ishak


siriussssssssss sangat romentik dan sedih.
ok, pu3 hampir nak nanges kut tgk video klip ni. cuba membayangkan diri ini tidak dapat bersama dengan orang yang tersayang. ohh tacing doh!

Leelou Blogs




alhamdulillah........


huiii lama sungguh tidak membebel di blog. sampaikan incik suami a.k.a incik api bertanyakan perihal kemalasan meng-update blog. ini pun kekok2 untuk mengarang ayat. minda mengarang dah tumpul nampkanye (hiperbola)

pu3 dan incik api sudah selamat disatukan dalam Majlis Raikan Cinta yg dijalankan dalam suasana yg sederhana pada 1 Mei 2011 di rumah ibu bapa pu3 di Lanchang, Pahang. jadi jutaan terima kasih pu3 ucapkan kepada

  • Puan Ruhana & Incik Haslan yg berpenat lelah menjayakan kenduri
  • Sedara-mara yg bertongkat dagu bersengkang mata menjadi tulang belakang majlis
  • Rakan-rakan jauh dan dekat yg datang memeriahkan majlis
  • Incik Photographer yang rajin & sabar melayan kerenah pengantin yg agak kaku bila bergambar (pu3 le tu. incik suami pro bak model)
  • Keluarga mertua yang menerima pu3 sebagai ahli keluarga baru dengan baik sekali
dan

Incik Suami yang sudi menyunting pu3 menjadi suri hati walaupun byk lagi kekurangan dalam diri pu3 ini.. sedia menyambut baton dari Puan Ruhana & Incik Haslan untuk terus mendidik pu3 dan menjadi teman mengumpul harta dunia dan Akhirat..menerima baik dan buruk pu3.. setia berada bersama di kala susah dan senang..tak lekang memberi nasihat pabila pu3 berasa down dengan masyarakat sekeliling dan menjadi kekuatan pu3

Terima Kasih Semua

Terima Kasih Cinta


:)


jemput datang memeriahkan majlis bertandang pu3 pada
29 Mei 2011
Ahad
Dewan Kampung Jambu Taiping


:)






Leelou Blogs


semalam yakni 21 April bersamaan 9 hari sebelum kenduri bakal berlangsung, pu3 dan family telah melakukan satu perubahan drastik yakni

CANCEL BUTIK PENGANTIN
yang di-booked sebelum ini

dan

menggantikan dengan butik pengantin yang lain.

bila dipikir2 memang gila ah last minit tak sampai 2minggu sebelum kenduri kitorang meng-kensel butik tersebut. tetapi bila ditimbang-tara balik, berbaloi jugak pu3 dan family mengambil risiko bertukar kepada butik lain. kenapa?meh korek perbualan ketat dan crucial pu3 dengan puan ruhana semalam.

***

mak : ehhh rase mcm nak tukar je butik pengantin tu. mahal sangat pulak rase. abah suruh tukar ni.

pu3 : ngee mak biar betui..dekat seminggu lagi nak kawen ni. awat nak tukar?

mak : tak.. abah cakap mahal pulak rasa. ni ada jumpa yang lagi murah.

pu3 : berapa?

mak : seribu nam ratus je. haritu dua ribu tujo ratus..sampai seribu beza.

pu3 : ehh murahnye. dapat pakej sama mcm yang lagi satu tu ke? entah nanti pelamin harga lain. tambah bunga harga lain. khemah harga lain. kang tambah2 jadik dekat tige ribu jugak.

mak : takk..mak ngan abah dan tanye dah semua pakej sama. pelamin, pelamin nikah, meja beradap semua ada. siap free dulang ngan alas dulang lagi. kalau yang butik dulu tu alas dulang ngan alas harga lain pulak.

pu3 : biar betui.awat murah sangat? entah2 baju pesen lama. mekap macam burong antu. ehh takutla tukar2 last minit ni..

mak : nanti mak ngan abah pergi jumpa butik tu petang ni. kira betui2 harga berapa.

pu3 : mak ambik gambar pelamin, baju ngan mekap yang diorang offer tau. nanti kome nak tgk berkenan ke tak.

***


dan perbualan terebut berlangsung bersama dengan hati pu3 yang gundah gulana. pada ketika itu memang pu3 tak setuju nak tukar.. sebabnya sudah last minit sangat. memanglah murah tapi buatkan nanti baju pesen zaman tok nenek dulu, mekap kening tebal, pipi opera cina, pelamin penuh daun-daun mcm tema dulu-dulu karang mcm mana? pu3 duduk di kampung. so butik pengantin di kampung-kampung ni mostly tak up-to-date mcm dekat bandar. risauuuuu sangat ketika itu. udahla mak call di kala pu3 tengah drive ke opis. nasib baik tak naik atas divider lagi sebab pikiran bercelaru.

jadinya sekerat hari semalam kerja tak jalan. telefon sana ..telefon sini.. google sana..google sini cari butik pengantin di Pahang yang lain in case yang murah tu pu3 tak berkenan, google pesen baju dan pelamin yang up-to-date.. tanya pendapat kakak-kakak yang dah berkawen mcm mana. huiii serabut sedikit semalam..

dan di petang hari puan ruhana call pu3 balik

***

mak : haa mak ngan abah dah pergi jumpa dah orang butik tu. pelamin lawa. mekap pengantin lawa.

pu3 : iyeke lawa mak? baju kaler tema kite ade tak?

mak : takde tapi kebetulan sabtu ni die nak pergi kl cari baju baru. nanti die cari kaler yang kite mintak. butik ni inner ngan tudung semua dia sponsor, baju nikah sekali die bagi free. kalau yang mahal tu baju nikah die tak bagi. inner pun kene cari sendiri.

pu3 : mekap mcm mana?

mak : mekap lawa. tapi pondan la. die mekapkan budak AF yang terkeluar baru ni.

pu3 : yeke.. kalau mcm tu mak call la mama (owner butik sebelumnya) pastu cakap kensel.

mak : alah ngka (loghat pahang = engkau) la call.. mak segan la.

pu3 : alahhhh kome lagi segan..mak la..

mak : ehh ngka la..budak-budak call takpe siket.. orang tua call nanti lain sikit jadik

***

dan perbualan berlanjutan lagi dengan masing-masing segan mahu call butik lagi satu utk kensel pakej yang di-booked. segan disebabkan kensel last minit. sampai abah pun terkena tempias disuruh call. bertuah punya anak.

tapi penyudahnya pu3 jugak la yang call. taknak menderhaka dekat mak bapak la katekan

;p


alhamdulillah, keserabutan semalam disetelkan semalam jugak.
dan kepada owner butik yang sedikit mahal itu pu3 cakap elok-elok utk kensel. mungkin tiada rezeki dia dan mungkin rezeki pu3 terjumpa butik yang lebih bersesuaian dengan poket pu3 di kala hari bahgia bakal berlangsung.

tapi benarkah baju, mekap dan pelamin butik yang baru ini bakal memuaskan hati pu3 dan en.api????

kita sama-sama tunggu masa kenduri nanti!






kata-kata rakan meja sebelah : haaaaa baru you tahu nak kawen tu susah.



susah ke???


Leelou Blogs

dup dap dup dap
tinggal 2x sabtu lagi sebelum majlis berlangsung.
siyes sangat berdebar
tetiap malam mimpi basah yehhhhhhh bukan! mimpi berkenaan kenduri!

berjalan lancar ke kenduri nanti

cuaca elok ke hujan ke

berseri ke atas pelamin

mcm mana nak bergaya2 depan photographer nanti. eh malu la

en.api akad nikah baper kali nanti

nanti lepas tok kadi sebut 'sah', nak kene nangis ke menyeringai suka?

malam pengantin nak basuh periuk,kemas rumah. sampai pukul 4pagi baru nak tido cadangnye. boleh?boleh?

eh pendek kata selagi tak lepas bab kenduri ni asik memikior je khojernye.
disebabkan asik memikir, otak letih lalu hinggap ke urat sendi, otot serta organ. namun organ yang paling menderita ialah perut.

kenapa perut?
sebab kena tahan lapar

sebab ape lapar?
sebab kena diet!

haaa itula! baru hingat diri nak berdiet bagai kan. tinggal 2-3minggu baru nak sedar.
entah sempat ke kurus macam Kim Kardashian tu.
pu3 bajet tak sempat.
tapi takpela. pu3 terima seaadanya. (pemalas!)


okeh-okeh. bosan la sembang pasal diet tak jadi tu.
kita sembang pasal makanan nak?
(ironi betul)

weekend baru ni pu3 balik ke Taiping. ke kampung halaman en.api. banyak lagi hal perkahwinan yang masih belum setel. jadi banyak rujukan pakar yang perlu dibuat. memandangkan minggu lepas dah balik ke Pahang, minggu ini balik ke Perak pulak. uruskan apa yang patut.

bila dah berjalan ke tempat orang, mestilah ada sesi try-mentry menu masakan tempatan kan? jadi, disebabkan pu3 mengidam nak makan kari ikan sembilang yang masuk TV3 haritu nun, pu3 pun mengajak la en.api & bakal mak mertua ke Kuala Kurau mencari kedai makan yang masuk tv terbabit.
JUMPA!
dan hasilnya memang tidak mengecewakan.

jadi kepada sesape yang ke Utara, pu3 nak suggest kat kawang-kawang semua, cuba la singgah ke Kuala Kurau Perak, boleh la try Kari Ikan Sembilang Claypot di bawah ini. lokasi kedai betui-betui depan balai bomba, di tengah-tengah pekan Kuala Kurau.


kedai kecik je.tak mewah-mewah mana, tapi kari memang nalek!


memang terbaikkkkk!
tapi sebelum itu, kene make sure anda pandai makan kari dan ikan sembilang.
kalau tak, tak perlu lah ke sini yer.

range harge :
Bahagian badan/ ekor = seketul RM3.00
Bahagian kepala : seketul RM5.00

dan pu3 rasa, pu3 ada terkam dalam 4ketul ikan sembilang terbabit.
total makan untuk 3orang + tapau untuk malam tersebut, kitorang membelanjakan dalam RM63. kira ok lah sebab memang sedap!


mak en.api yang juga peminat kari ikan sembilang

muka eksaited en.api. muka pu3?? baik jgn. lagi 18SG.




till then :)




Leelou Blogs








Leelou Blogs




ekceli takde keje, men-testing slide2kan gambo guna marquee code.. maap utk entry yang takde pekehal pun.


*sambung google tutorial menarik*