Cemburu dengan orang lain?
Semua orang ada sifat cemburu kan? so don't deny it.

bahagian pu3, dari masa zaman kenit-kenit dulu dah ada terpahat perasaan cemburu dengan kawan-kawan sebaya.. selalunya perasaan cemburu pu3 bukan bersifat materialistik contoh member ada anak patung barbie mahal ke, ada beg sekolah Adibas ke, kasut sekolah Jazz terbaru ke, jam tangan digital ke..not that. jarang pu3 nak jeles dengan sifat-sifat kebendaan tu.. terliur nak sama ada barang-barang berkenaan ada tapi takdela sampai melarat guling-guling suruh mak belikan. ehh ada! ada satu kes pu3 bebal-bebal nangis nak sesuatu, yakni anak patung barbie gaun purple. teknik menangis berjaya bila mak dah panas hati lalu pegi soping market beli. hihi

tapi tu cemburu minor ketika zaman bebudak..yang majornye pu3 akan cemburu kalau kawan-kawan ada ramai kawan, disenangi kawan laki permpuan, disayangi cekgu-cekgi, bijak pandai, cantik, terer sukan or dalam kata lain cemburu dengan pembawakan diri dan karakter seseorang itu..sifat-sifat yang pu3 rasa best dan 'sempurna' pada pandangan mata pu3 tapi takda dalam diri pu3, pu3 akan jeles..bukan nk berubah tapi lagi nak menjeles lak kan? tapi itula realiti..manusia lagi suka nak jeles terhadap orang lain daripada cabar diri utk berubah. itu fakta.

kalau nak diikutkan sampai sekarang pun pu3 masih ada sifat cemburu begitu.. tapi bila dah dewasa ni, perasaan cemburu tu lebih kepada perasaan kagum dan respek..kalau zaman bebudak dulu selalu terpikir kenapa 'aku tak jadi macam dia' tapi bila dah besar panjang dan boleh berpikir ni dia dah tukar sikit ; ' macam mana nak jadi macam dia?'

bila bekerja pulak, pu3 selalu kagum dengan org yang cepat paham, cepat dapat penyelesaian masalah, berani lontar idea, tekun, teliti, bijak berkata-kata, communication skill tip top, disenangi rakan kerja dan bos, multitasking tapi boleh still maintain senyum coz pandai kawal stress dan masa..sebab apa kagum? sebabnya pu3 dapat rasa kedudukan pu3 sebagai seorang pekerja ini masih tak sempurna dari segi itu-itu (itu-itu? bahasa melayu ape nih?)

1. pu3 lambat pikap sikit kalau belajar benda-benda baru

2. selesai masalah pandai tapi selalunye utk jangja pendek takpun tertinggal perkara2 penting yg perlu diambilkira

3. lontar idea pun suka tapi dalam hati je.. takpun mini meeting..dalam meeting sampai 10-20 orang jaranggg sekali bersuara melainkan ditanya

4. communication skill okay tapi public speaking kurengg..gabra semacam

5. time management? byk jugak keje pending tak siap

actually bila dipikir-pikir balik semua kekurangan itu boleh diatasi.. just memerlukan lebih effort dari pu3 utk berubah menjadi yg lebih baik.. dan pu3 tahu, pu3 jenis yg susah di ubah terutama kalau dari kecik sikap itu memang mcm tu.. kalau diikutkan banyak peluang-peluang cerah di depan pu3 yg tunggu masa pu3 grab tapi disebabkan sudah terlalu lama berada dalam 'comfort zone' dan selalu 'bernasib baik' pu3 sudah kurang berdaya saing. jadi timbul pulak perasaan cemburu kepada orang yg 'BERDAYA SAING & BERJIWA WAJA'

aduiii cemburu lagi?? bila nak berubahh!!!

"sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib
sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….”
-Surah Ar-Ra’ad, Ayat 11-


Leelou Blogs


Hari Sabtu

Kemas Rumah - done
Basuh baju - in-progress
Iron baju kerja - malam la kot
Masak - errr makan luar la hari ini since en.suami outstation
Cabut rumput - tunggu en.suami la buat
Jamu TETAMU makan - Done


Tetamu? siapa tetamu?


ini dia tetamu terhormat minggu ini!



yes, si bulat dua ekot yang menghuni rumah pu3 sejak Jumaat lepas.
kesian terpaksa berpisah dengan tuan sampai 3 hari sebab tuan nak balik kampung. memandangkan kos Pet-Hotel pun kene ambik kira lepas tu kes aniaya haiwan macam pemilik Petnode tu lagi so better mintak tolong kawan-kawan yg sudi tolong jagakan ye dop.
tapi pu3 terpaksa kurung dalam sangkar. kalau lepas nanti hilang ke gadoh sampai darah-darah ke takpun lari ikut anak dara orang ke, tak ke jenuh nak menjawab dengan tuan pemilik.

tu bukan aniaya kan?

but of cos bukan 3hari 3malam kurung.

sometime biar mereka main-main dalam rumah.
sampai terbalik gitar en.suami mereka kerjakan.

okayla at least ada teman di kala en.suami out station.



si oren yang paling bulat. dia tengah makan tu tapi si hitam tak nak makan. pu3 saspek dia rindu tuan takpun terkejut dengan environment yang baru. tapi kalau lepaskan mereka ni, si hitam yang paling aktif. satu rumah die tawaf sambil mengiau. kenapa ek? maybe dia cari tuan dia kot.

see..see..si hitam muka sedih sambil tengok pagar rumah.. oren evendo agak penakut sedikit tetapi kalo bab makan laju je. rezeki jangan ditolak.

then suddenly si putih kucin yang selalu menempel dekat rumah pu3 datang. dia agak kaget melihat ada dua ekor makhluk sejenis dia di rumah pu3. risau catuan makanan dia makin berkurang kot. don't worry, pu3 seorang yg adil. ehe.

hmm weekend seems so long bila en.suami takde.
nak kacau encik-encik tetamu la!




p/s : JK Tony, kucing yu berada dalam keadaan sihat walafiat. yang oren pu3 yakin tetapi yang hitam tu mungkin berat dia ada berkurang sikit. penyakit rindu. oh ye pelis bawak balik buah tangan dari Sarawak k. but not gambir sarawak!



Leelou Blogs



sudah masuk 21 Ogos 2011 dan juga sudah hari ke-21 Ramadan. jadi semalam ialah 20 Ramadan dan berdasarkan huraian di SINI, semalam ialah tarikh hari lahir pu3 jika dikira dalam bulan Islam.

pu3 memang lupa sangat-sangat. hanya bebel di blog dan tidak bagitahu sesiapa pun mengenai fakta terbabit jadi mestilah possibility nak dapat hadiah ialah zero.

namun tiba-tiba dapat ini....




hadiah daripada en.suami.
nampaknya beliaw ada curi-curi baca blog pu3 yek.
ehe~

key-chain yang cute ini mengingatkan pu3 pada hadiah pertama kitorang sebelum 1st meet dahulu. masing-masing menghadiahkan key-chain tertera gelaran masing-masing.

dan ketika first meet selepas 6 bulan berkasih, juga saling menghadiahi key-chain.

key-chain dah jadi sinonim dengan kitorang memandangkan ia cute, murah dan senang di bawa kemana-mana. evendo murah tetapi priceless bagi pu3.

when it come from the person we love, anything will be priceless :)

p/s : I LOVE YOU



updates : @5:51 am 21 Ramadan


kad tiba-tiba drpd en.suami selepas sahur.
patutla berkurung dalam bilik. tulis kad rupenyer.

tapi bila beliaw beli??

muskil.

btw, macehhhhhhhhh
^_~



p/s : women particularly like to be surprised, isn't it :)

Leelou Blogs


dah 3 bulan 'merasai' bidang kerja baru

daripada bidang kerja architecture kepada process engineering dan now merasa la buat civil & industrial engineering. dalam masa 2 tahun main 'aci tukar-tukar' ini memangla tak cukup strong lagi experience pu3 dalam ketiga-tiga bidang kerja terbabit. banyakkkkk lagi yang tidak tahu. tetapi, masa dan situasi ketika itu mengakibatkan ia terjadi. pu3 anggap ia peluang men-develop-kan pengetahuan diri. en. suami dan family selalu pesan, kalau pihak employer yakin nak ambil kite bekerja kenapa kite yg set-kan barrier dalam hidup kita untuk jadi lebih baik, ye dop?
so, take it positive even ada yang kata pu3 mcm rojak. buat macam-macam kerja ;p

namun tidak dinafikan kekadang rasa agak kelam-kabut juga dalam men-setelkan tugasan yg en.superior bagi memandangkan bidang belajar di universiti dahulu byk sentuh part architecture sahaja. jadi bila dah terjebak ke engineering field ni kekadang memang terasa agak stress. almaklumla pu3 ni ada kala jadi lampi (lambat pikap) sikett
.ehe.

kekadang terpikir ke mana arah tujuan pu3 lepas ni.sama ada nak stay dalam bidang yg pu3 celup kaki sekarang atau balik kepada bidang architecture ataupun tukar kepada bidang kerja baru. mana tau jadi chef ke, polis traffik ke tak pun suri rumah sepenuh masa. tapi tak dinafikan bidang civil & industrial engineering ni memang ade kaitan dengan architecture so at least basic-basic ilmu pengetahuan tu pu3 dah ade cuma itula, kena bekerja keras lebih lagi.

apa-ape pun depends pada diri sendiri. komited & disiplin itu penting. pu3 kene strong-kan lagi dua sifat terbabit. sekarang asik goyah-goyah je. rezeki Allah dah bagi, peluang banyak di depan mata, supporter di kiri-kanan jadi pehlis-lah pu3, gunakan sebaik mungkin. jangan cepat jatuh kalau terasa bebannnn dan tensi sangat.

namun, di kala tensi bekerja dan belajar benda baru, pabila............

tak dinafikan kata-kata pujian dan appreciation dari pihak employer sgt memotivasikan diri untuk bekerja dengan lebih gigih :)


berusaha!!



Leelou Blogs



Angry Birds??!

ada apa dengan Angry Birds?













.








..












...







Chirppp!
Ca-caw!

yeyeayyy

..

Buah tangan dari En. Tony JK merangkap opismate dan jiran meja sebelah yg pabila tension dengan barang Chemical & Gas beliaw, lagu Don't Cry fr Guns n Roses akan diputarkan byk kali..pu3 sampai dah naik hapal lirik terbabit! tunggu mase nak 'cry' je.ehe.

satu untuk en.suami tercinta dan satu untuk pu3. all the way dari Philippines. mekaseh daun keladi ye. nanti pergi lagi, pu3 nak order free bantal Angry Birds setiap jenis ekor untuk diletak dalam CCM.
Boleh?

kenapa Angry Birds?

sebabnye kalau pu3 tensi-tensi di opis, memang Angry Birds la pu3 main. yg guna Google Chrome tu je. yg Android version punya, pu3 sematphone pun takde. so maybe sebab dah selalu bukak Angry Birds (selalu tu idokle sampai makan gaji buta, pegi keje main game je.ehe) so beliaw bermurah hati nak belikan. dalam murah-murah hati pun, balik outstation, die bwk balik sebeban 'buah tangan kerja' jugak utk pu3. terus jadi busy!



p/s : nasib baik takde gambar porky kaler2 hijau tu kan?kalo ade tengah terpikir samada nak pakai ke tak.



porky hijau dan family on the floor

;p



Leelou Blogs