As-salam :)

ui laaamaaaaaaa tak jenguk belog peribadi tempat luahan perasaan, ruang bebelan juga sisipan (uii 1st time guna perkataan ni) memori.. ada la dalam 2bulan lebih pu3 tak update..boleh dikatakan sindrom malas tiba-tiba menguasai diri hingga mengurangkan momentum peng-update-an belog. dah tak reti pulak rasa nk ber-essay ni. kaku kejung.ehe~

okeh berbalik kepada kes lama tak update nih, mungkin sebab dah bertukar title kepada 'Puan' ni tumpuan dah ke lain.. mungkin juga masa terluang itu byk terisi dengan agenda lain.. bukan tak ada niat nk update..niat tu dah lama ada tapi nunnnnnnnnnnn tertinggal jauh ke belakang disebabkan lebihan masa yg mcm tak ada..dan tadi pabila return balik melihat last date entry, baru nak sedar yg udah dekat 3 bulan membiarkan blog tertinggal sepi..

ehhhh dekat 3 bulan dah ek..

dekat 3 bulan jugakla dah menjadi 'Puan' ni..

3

B
U
L
A
N
..

...

.....

...

..

rasa mcm cepat je masa berlalu yer..byk yg dah berubah.. :)

okayla senang citer,bila dah jadi 'Puan' ni, byk perubahan kecik-besar yang pu3 alami dan pu3 rasa org yang baru kawen yg lain pun mungkin alami benda yg sama. cuma cara je berbeza kott.memandangkan dah terlanjur tak tahu nak membincangkan topik ape,kite sembang pasal PERUBAHAN selepas kawen.

Perubahan Pertama
kalau dulu bertembung member, ayat berbasa-basi mestilah 'hai..sihat ke' takpun 'hoi, gi mane?.. tapi sekarang dah jarang dah kuar ayat tu.. tak berapa laku sgt tatkala masih baru menjadi 'Puan' ni..sekarang ini pabila berjumpa je member opis, member peng-komen di pesbuk atau sedara-mara, mesti keluar soklan di bwh ni :

'amacam, best ke kawen?'

'dah ada isi ke?' (bersama lirikan mata ke tempat2 tertentu)

haa mcm mana?? (bersama lirikan mata dan senyum sumbing)

ini antara soklan yg wajib bg pembuka bicara. kalo org bertanye soklan pertama tu memang selalu pu3 jawab 'syokkkk'..terutama kalo yg bertanye tu bujang lagi panjang 'syokkkkkkkkkkkkkkkk' pu3 jawab. mana tahu nanti boleh jadi pembakar semangat diorang utk menamatkan zaman bujang.

then bile orang bertanya soklan kedua dan ketiga pulak..pu3 just boleh jawab 'belum ada rezeki' takpun kalo yg bertanye tu stok kepala gegila siket boleh la jawab 'tengah berusaha keras ni..usaha tangga kejayaan'.

Perubahan Kedua
rutin harian konpom berubah. dulu time bujang, bangun subuh pukul 6:50am itupun bile dah 5-6 kali snooze alarm. siap2 mandi + mekap dah 7:40am. drive ke opis, sampai pukul 8:00am. buat keje+meeting+youtube+fesbuk+gosip liar+makan, sampaila pukul 5:30pm on the dot balik. then malam kalo tak berdating, layan la internet sampai tertido. makan?tapau jerrrr.

tapi sekarang bangun subuh pukul 6:20am..time ni kucing pun tak keluar cari makan lagi. mandi2, gerak en.suami, siapkan bekfes (roti kapit je.nasik goreng kalu, kene bangun pukul 6:00am), pegi keje pulak gatai nak en.suami hantarkan, so bertolak la pukul 7:00am dan sampaila opis pukul 7:20am di kala cleaner opis pun tak sapu sampah lagi. sampai awal pun pukul 8:00am jugak baru betul2 buat keje+meeting+youtube+fesbuk+gosip liar+makan.time balik pulak memandangkan en.suami abis opis hournya pada pukul 6:00pm, kene la nunggu sampai pukul 6:50pm baru en.suami tiba.. uiiii baru kawen, balik lambat pun tak kisah asalkan en.suami yg dtg amik..bunga2 la katakan..;P

Perubahan Ketiga
dah rajin ke dapo. dulu dapor umah bujang pu3, seminggu sekali baru datang jenguk itupun nak jenguk peti ais.bila dh soping beli aiskrim or jus takpun budu, kenala simpan dalam peti ais ye dak. makanan lain mcm megi ker, biskut, jajan, semua sumbat dalam bilik tido. kuali n sudip tak pernah pegang. goreng sebijik telur pun tak pernah walapon perkakas dapo semua tuan rumah (mak teh) lengkapkan. makan di kedai je selalu.

tapi sekarang huiii hari2 ke dapo.masak nasik, buat air, potong bawang, buat bekpes roti, basuh pinggan, basuh periuk, CUMA masak lauk en.suami buat..ehe~ iye betulla tu.pu3 ni assistant chef je, sediakan bahan2 dan en.suami merangkap master chef dan tok guru yg beri tunjuk ajar cara2 masak yg sedap. mekaceh en.suami kerna sabar dan tak pernah merungut ;p sampaikan sekarang ini kalau nak makan kat luar pun dah tak lalu kerna penangan air tangan suami. ehh air tangan istri pun ada sama okay! time potong bwg tu apa?kan?kan?

Perubahan Keempat
topup prepaid dah berkurang. jelas dan nyata kerna tak payah bergayutan lama melampias rindu dendam seumpama dulu. jimat.nak lepas ridu kalu, tarik je tengkuk suami and cium pipi sekali.dah.setel.

Perubahan Kelima
fizikal badan.en.suami mantain bergaya, tapi cik istri pulak mak aihhhh.ada beza betui!.bertambah fluffy lemak ni ha.dah kawen ni selera hantu raya betui la.pasaipaaa ek?

cukupla 5 PERUBAHAN yg pu3 bagi ni.yg lain2 pu3 just keep dulu la. yg pu3 harap, bila sudah melangkahi alam perkahwinan ni, perubahan ke arah kebaikan mengatasi keburukan. moga jalan pu3 tidak bengkok dan dibimbing hingga ke-syurga. moga kehidupan kitorang naik satu lagi level menuju bahgia di dunia dan akhirat..InsyaAllh :)

dan walapun kekadang bersifat tidak matang namun pu3 akan cuba sedaya upaya menjadi istri yg solehah, yg baik, yg menyejukkan mata & hati suami.
itu janji pu3 :)




tapi kan,perubahan kelima itu benar2 menyesakkan minda tau.
kenapala perempuan risau sgt pasal figure and shape body ek?
kenapa?kenapa?





Leelou Blogs